Friday, December 31, 2010

Titipan Pena Untukmu Teman

Teman...
Sekali lagi pena aku menitip rasa buatmu
Insan yang bernama teman.

Teman,
Kau insan agong,
Yang mampu mengubah segala...

Mengubah duka menjadi suka
Mengubah derita menjadi bahagia
Mengubah biasa menjadi luar biasa

Namun, teman...
Tatkala ini, aku cuba...
Cuba untuk tidak bermain dengan perasaanku sendiri

Namun, aku akur..
Betapa aku lari,
Makin laju 'ia' mengejarku...

Perit rasanya hati ini untuk menyatakan kebenaran
Kebenaran bahawa aku kehilanganmu........(moga tidak begitu)
Seorang insan yang bernama teman.

Ya, aku dengar kata hatimu..
Tidak usah kau melaungkannya lagi.

Memang kau masih di sini,
Setia di sisi bersama senyuman yang sentiasa terukir

Namun, kusendiri terperangkap
Dek rasa yang tak mampu terungkap

Bayangan kenangan indah bermain di tubir mata
Melenyapkan terus duka semalam dan hari ini
Besok...Akan terciptakah lagi kenangan itu?

Sungguh berat tuk terluah
Sangat perit juga tuk kutelan
Betapa aku merindui
Kenangan 'U' dan 'I'

Yang terus membawa ke gerbang
Gerbang tuk menuju istana Persahabatan!
Akan tercapaikah impian?
Untuk kugapai kasih-mu wahai Teman?
(Moga mencambah kebahagiaan)


*Carutan Pena Hati Yuyu Nieysza 2010~

No comments: