Thursday, December 31, 2009

Manipulasi Gambar!!! - (MIRACLE)





Cuba perhatikan betul-betul perbezaan antara gambar ATAS dengan gambar BAWAH.

Gambar ATAS merupakan gambar asli @ sebenar yang diambil oleh jurufoto yang 'jujur' tanpa sebarang pengeditan.

Gambar BAWAH pula merupakan gambar bukit yang telah diedit oleh jurufoto 'handal' untuk menjadikan bukit itu kelihatan seperti bentuk manusia @ sang Buddha... kelihatan mata dan hidung yang dimancungkan dengan menggunakan kebijaksanaan si 'editor'.

Perbezaan ketara kan???
Inilah yang dinamakan manipulasi!
Orang-orang yang tertentu telah menggunakan teknologi dan kebolehan yang ada untuk menunjukkan kebesaran Allah...

Tapi...apa kaitan kebesaran Allah dengan 'sang Budha?'

Begirulah dunia pada zaman sekarang...
Disebabkan oleh kemajuan teknologi yang semakin berleluasa ditambah lagi dengan kekreatifan manusia...
Ada sesetengahnya yang telah menyalahgunakan kedua-dua kelebihan itu untuk melakukan sesuatu yang boleh memesongkan akidah manusia.
Yang penting umat Islam jangan mudah terpedaya dengan kepalsuan yang sengaja dicipta-ciptakan.
Setiap insan ada akal, fikiran dan pendapat tersendiri...Lain orang, lain agama.Lain agama, lain pemikiran......

SUMBER ASLI : http://www.al-habib.info/review/

Jalinan Yang Terpisah

...................................................................................................................................................................
Salam ku atur pemula kata...
Lama benar rasanya blog ini diabaikan begitu sahaja...
Penaku sentiasa terasa untuk menulis namun kesibukan membuatkan keinginan itu terbantut hinggalah ke hari ini...
Aku tergerak untuk menulis lagi...

Kehidupan aku masih seperti dulu...cuma sudah tidak sibuk menguruskan PESTA KONVO je..masih kalut menjalankan aktiviti harian sebagai seorang pelajar di universiti penyelidikan ini..apatah lagi subjek-subjek untuk semester ni lagi susah dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada dulu...ahai..

Sudah azali dalam hidup ini...
Setiap insan perlukan perubahan.
Begitu juga dengan hidup ini..
bertemu perkara baru setelah berpisah dengan perkara lama.

Kini,
Aku perlu menjalani hidup yang memang aku sendiri tidak sedar keberlaluannya.
Melalui kehidupan seharian.
Makan dan minum bila lapar dan dahaga,
Ke kelas bila ada kuliah,
Ke luar dengan rakan bila time ada bajet yang cukup,
Bergurau-senda dengan kawan-kawan semua bila bersama,
Menulis bila berkesempatan,
Beriadah bila bosan,
Tidur bila malam melabuhkan tirainya,
Dan terjaga sebelum matahari terbit pada keesokan harinya.

Begitulah aktiviti seharian-ku...
Roda kehidupan terus berputar laju.
Kadangkala ia di atas dan kadangkala ia di bawah..
Melalui setiap lakonan hidup di pentas dunia yang aku sendiri cipta skripnya.

Moga kehidupan seharian lebih membawa makna dan sinar kepadaku.
Kebahagiaan, kejayaan, ukhuwah antara umat yang terjalin akan terus mengiringi perjalanan hidupku..
Aku tidak akan sekali-kali leka...
Aku akan meneruskan sisa-sisa kehidupan aku sampai ke akhirnya.

Jalinan kehidupan ini tidak akan terpisah dengan diriku selagi aku masih di sini.
Malah akan bertambah erat dan kemas!!!

Selamat Bertemu Kembali....DUNIAKU!!!

What Is Friendship???