Friday, December 31, 2010

'Behind Da Scene' Drama 2010~(Part 3)

Lagi 'Di Sebalik Tabir' Drama 2010 yang bakal ditayangkan dalam filem 'Kenangan 2010'... Entry ini merupakan sambungan kepada Part 2 BHDS Drama 2010. Harap anda-anda semua sudahlah mengkhatamnya, Ok.hehe~

Dah sedia....? Jom ikuti sambungan babak yang berikutnya~

Scene/Babak 3 : Sambutan Hari Raya PPBL 2010 vs Sambutan Raya PPBL 2009


- Akhir Tahun 2010/ Awal Oktober


Lokasi : Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik (PPBL)
Pelakon :
(Sebagaimana Part 1) dan...
1. Na
2. Lini
3. Ani
4. Jawahir
5. Sakinah
6. Mila
7. Mimi
8. Jannah
9. Sharel
10. Cek Ku
11. Rosmaida
12. Wani
13. Mun
14. Shamsiah
15. Maji
16. Mira
17. Basitah
*Dan Lain-lain....=)

...Dalam part 2, yuyu puas beRetro dengan teman tersayang...Bila dah tamat Dinner (khas untuk meraikan tahun 2009), maka sudah tentu tahun 2010 juga menemukan saat pengakhirannya...atau kalau manusia, dah sampai peringkat berumur lah katakan...pemuda pemudi dah jadi tua tui dah.hehe~

...Seingat yuyu (yang sememangnya nyanyok nombor), dalam bulan 9, berakhirlah bulan 'ikat perut dan ikat nafsu' umat Islam (bulan Ramadhan)...Maka, syawal pun mula menjelma...tanda suatu kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan beribadat puasa. Alhamdulillah, yuyu dan teman-teman masih dapat meraikannya lagi.

...Setelah bercuti kurang lebih seminggu (kejap ja), maka, kami kembali ke UKM untuk menjalani sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti. Wah gitu!

Sekali lagi, kami pelajar Linguistik diberikan peluang untuk meraikan sambutan hari Raya di PPBL. Seronok memang seronok, tapi, malangnya, tidak semua yang terlibat. Ramai antara teman-teman terpaksa melepaskan peluang itu untuk mengikuti program lain yang lebih penting...urkk, ruginya!hehe...tapi, takpe, kata mereka, "Ala,,,tak apa, Kami lagi best, makan kat Hotel"...Wah3....!Ahli fotografi yang demand..ops! gurau aje..(sebenarnya yuyu jeles)..hehe~

...Alaaaaaaaa...tak bestnya, tak meriahnya.....ramai yang tak ada! Sambutan Hari Raya PPBL yang sangat hambar kali ni. Kalau dulu, meriah bukan main, siap berkaraoke lagi..hehe.(Malu,,,blushing..)..Tapi, sekarang, nak makan pun...rasa tak tertelan(biar 1 pinggan melantak habis!...siap bungkus bawak balik lagi!). Betullah, hari raya kan best kalau disambut ramai-ramai macam kat kampung tuuuuuuuu...tapi, nak buat macam mana..apa pun, tetap cuba menikmati hidangan yang best-best sambil snap-snap pic (Of course!)

Ok...sekarang yuyu tunjukkan kat korang perbezaan kemeriahan Aidilfitri yang disambut di PPBL pada tahun 2010 dan 2009...Korang carilah sendiri perbezaannya, OK...Cauw!

Tahun 2009~












Meriahnya! Semua muka-muka kelihatan Hepy...Gambar pun banyak di snap! Makanan pun, mak aih...Best Giler! Siap ada adegan suap-menyuap lagi. Senyuman jelas terpancar di wajah setiap orang...macam Famili besar!Lecturer pun siap buat tarian dengan mat-mat saleh lagi! Dan...tengok tu pic last...Na siap tunjuk sign 'BEST' lagi...hahaha~ 

Tahun 2010~








 
Kalau dilihat, keseronokan tu memanglah ada...dapat makan Free, sapa tak suka, siap dapat melaram lawa-lawa, of coslah hepy! Tapi teliti pic satu persatu, jelas kegembiraan agak kusam dan kelam. Sambutan agak hambar, makanan agak 'kekurangan' (siap terlebih banyak gila-tak berapa cedap..cory..tapi, tetap syukur).Sekadar makan, tangkap pic, melantak, snap pic...Itu aje.. Tiada aksi suap-menyuap, tarian gelek, mahupun persembahan yang menarik dipertontonkan...uhuh, tapi tak apa, yang penting kami dapat sambut majlis khas PPBL tersebut buat 'student2nya'. Kira beruntunglah kami...hahaha~Alhamdulillah~

T.A.M.A.T sudah 'Behind Da Scene' Part 3...Nantikan Part yang terakhir yang akan menyusul selepas iklan daripada penaja....Eh, jap-jap...part Sambutan Hari Raya tadi rupanya dah berakhir buat kami sebagai mahasiswa UKM...wawawawa~

(Lagi-lagi Iklan!Huh...)

2 comments:

cik kelip said...

luv u yus!!

Yuyu Riesya said...

...and i love u moreeee!!!hehe=)..tq~