Cerpen

  CERPEN : ANDAI KAU MILIKKU
~Episod 1~

Mata Asyifa tidak berkelip memandang ke arah seorang lelaki tampan yang berbaju kemeja kosong warna hitam beserta tie warna senada yang diikat kemas di leher. Lelaki itu sedang asyik berbual dengan rakan-rakannya di sebuah meja yang terletak selang tiga meja dengan tempat Asyifa berada. Galak betul dia. Asyifa suka melihat cara lelaki itu. Ceria dan kelihatan matang. Pantas bibirnya menguntum senyum. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Lelaki itu memandangnya. Ah! Mungkin perasaanku sendiri. Dia cuba menyembunyikan perasaan malunya. Terus dia berpaling dan berpura-pura mencari buku di rak yang berhampiran. Sekejap sahaja pandangan mata mereka bertemu.  Kelihatan lelaki itu mula bangun dari tempat duduknya. Dia seakan-akan meminta izin untuk pulang sebelum berlalu pergi melepasi Asyifa yang masih leka memandang gerak-gerinya. Dia benar-benar ada personaliti yang menarik. Oh, andainya dia milikku! Getus hati kecil Asyifa. Seketika kemudian, dia beristighfar. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni. Dah tak betul agaknya. Dia sedar pandangan seseorang terhadap seseorang yang bukan muhrim hanya diharuskan sebanyak sekali pandang. Melainkan untuk kepastian, pandangan kedua dibolehkan. Menurut agama Islam, “pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”
            Bertaburan buku-buku di tangannya dihempas ke katil. Dia membaringkan pula badannya ke atas tilam yang separuh empuk itu. Kini, Asyifa berpaling ke syiling, memerhati kipas yang sedang laju berpusing mengikut arah jam. Lama-lama pening juga jadinya. Namun, hanya pandangan mata Asyifa sahaja yang tertumpu kepada arah pusingan kipas tersebut, walhal hatinya masih melekat kepada gambaran lelaki yang dipandangnya petang tadi di perpustakaan. Dia tersenyum. Entah kenapa hatinya berdebar-debar setelah melihat lelaki tersebut. Siapakah lelaki itu? Namanya? Asal? Program pengajiannya di universiti itu? Semuanya dia ingin tahu tentang lelaki tersebut. Membuak-buak di dadanya perasaan ingin tahu tersebut. Dah nak meletup rasanya. Hish! Aku ni dah hilang akal agaknya. Tak pernah-pernahnya jadi macam ni. Hai, dunia, dah nak kiamatkah? Asyifa sekadar bermonolog sendirian. Kemudian dia menepuk dahinya sambil beristighfar. Pantas dia bangun dan mengambil wudhuk, asarnya belum tertunai!
            Ketukan yang kuat di pintu mengejutkan Asyifa daripada lenanya. Dikerlingnya sekilas jam di sebelah. Ish, dah pukul 1.00 lebih. Baru nak balik budak Syikin ni. Cepat-cepat dia bangun sambil menguap perlahan. Kalau lambat, nanti mengamuk pulak si Syikin, minah cerewet tu! Ish, ada kunci, bagi hilang, tengok, kan dah susahkan orang. Hai, nasib baiklah aku ni seorang yang tak suka ambil kisah sangat. Asyifa yakin, sudah tentu yang mengetuk itu adalah Syikin, teman sebiliknya. Dia kenal dan faham benar dengan teman sebiliknya itu. Setiap hari mesti tak lekat di bilik. Habis kuliah, keluar dengan rakan-rakan. Tak tahulah pula ke mana. Malas pulak Asyifa nak ambil tahu. Enjoyable betul minah ni!
            “Apasal kau lambat sangat, Syifa? Lenguh aku berdiri kat luar. Tangan pun dah nak bengkak mengetuk pintu yang keras tu!” Aih, balik-balik aku jugak yang kena marah.
Sorylah, Syikin.  Syifa tengah tidur tadi. Syikin pun tahu kan yang Syifa ni memang selalu tidur awal. Kalau lambat, nanti mengantuk. Susah nak bangun pagi besok. Takut pulak terlepas subuh. Dan pulak, tak pasal-pasal ponteng kuliah.” Ada sedikit nada menyindir dalam bicara Asyifa. Syikin mencebik kerana dia sedar Asyifa seakan-akan menyindirnya yang seringkali melepas solat subuh dan terlambat ke kuliah. Mana tidaknya, balik sudah pukul 2  pagi. Tidur  pukul 3, 4 pagi. Confirm degil mata nak bukak pagi nanti. Syikin tidak menyambung atau membalas. Dia segera menghempaskan beg sangkutnya ke atas kerusi belajarnya. Pintu pun, Asyifa yang terpaksa menutupnya.
*****
“Kenapa kau tak nasihatkan si Syikin tu, Syifa?” Anisa, rakan sekuliah Asyifa yang sudah lama mengenali teman sebiliknya itu, mula memberi pendapat.
“Nasihat? Ai, dah macam-macam nasihat Syifa bagi kat dia, sehinggalah ke tahap menyindir, tak juga dia kisahkan. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Takpun, tak masuk langsung, terlekat kat cuping je. Jenuh dah Syifa ni, Nisa. Perangai dia makin menjadi-jadi.” Asyifa mengeluh. Anisa turut sama melepaskan keluhan. Dia mengenali Syikin sejak pertama kali dia menginap di bilik rakan baiknya itu di asramanya tiga minggu yang lepas kerana asramanya sedang ketiadaan air. Sewaktu dia dan Asyifa masing-masing sibuk menelaah, Syikin pula melayan lagu-lagu di laptopnya. Tidak kisahkan tetamu yang datang, dia dengan senang hatinya menyanyi-nyanyi. Sewaktu Anisa dan Asyifa berjemaah Isyak, dia sudah mengangkat kaki keluar bilik. Balik saja, terus tidur sehingga subuh keesokannya tidak tertunai. Asyifa sekadar tersenyum memandang rakannya yang kehairanan dengan sikap kurang sopan dan tidak berdisiplin Anisa itu. Habis, nak buat apa lagi?!
“Sudahlah. Nak buat macamana. Dah kalau kau sendiri sudah berkali-kali menasihati. Baguslah. Tinggal dia sahaja yang mahu menerima teguran itu atau tidak. Kau tak payah fikirkan pasal dia lagilah. Tanggungjawab kau dah habis, Syifa.”
“Syifa bukan apa, Nisa. Kalau nak difikirkan secara logik, memanglah Syifa ni tak ada apa-apa hubungan keluarga dengan dia. Hanya sekadar teman sebilik. Memang tak sepatutnya Syifa nak mencampuri urusan dia. Tapi, sebagai rakan seagama, Syifa rasa dia dah semakin terpesong. Kalau Syifa tak nasihatkan, siapa lagi?”
Anisa mengangguk faham. Memang dia tahu itu. Walaupun dia tidaklah sewarak Asyifa, rakan baiknya itu, namun sebagai seorang muslimah,  dia tahu kewajipan dari segi agama apabila mengkehendaki umatnya melakukan amar maaruf, nahi mungkar. Memang sudah tercatit dalam al-Quran yang suci. Sebagai insan yang paling dekat dengan Syikin selain keluarganya, memang sudah menjadi tanggungjawab Asyifa untuk menasihatinya. Jika tidak, dosa itu akan sama-sama ditanggung mereka berdua. Keluhan Anisa kedengaran semakin panjang. Dia melihat rakannya itu yang sudah kebuntuan idea. Kasihan pula bila difikirkannya.
“Eh, sudahlah Syifa. Aku nak ke library kejap ni. Terlupa nak hantar buku yang aku pinjam. Dah nak dekat due date dah.”
“Syifa nak ikut. Syifa nak cari bahan rujukan tuk tesis Syifa.” 
           ~BERSAMBUNG~

No comments: