Friday, December 31, 2010

'Behind Da Scene' Drama 2010~(Part 4-Last!)

Kelip-kelip, ketap-ketip...jap je dah nak tamat tahun 2010...macam-macam ragam sepanjang tahun ni...sampai yuyu tak sempat nak show kat anda-anda 'Behind Da Scene' untuk kesemuanya! Uih...banyak la kalau macam tu...sampai tahun depan pun tak abis lagi...heheh...nanti tak lah jadi 'BHDS' plak kan....hehe..

...Ok, setelah puas dengan part sebelumnya, part 3, jom kita skodeng pula BHDS part yang ke-4 iaitu part yang paling last (but not least..).

Scene/Babak 4 : Hapy BerKaraOke @ BerKarok? (Versi : MyBest Moment with Them!)

Lokasi : Karaoke Jamban, Metro Kajang...hihik
Pelakon :
1. Yuyu
2. Na
3. Lini
4. Ani

...Dah lama yuyu rasa tak 'berteriak' dan 'melaungkan' suara. Rindu pulak nak lontarkan bunyi-bunyi dalam tekak dan perut yang 'tersekat' sejak lama. Eh, wa cakap u ols,,,,best tau Karok ni...Boleh hilangkan tensen dan stres...Launglah kuat-kuat biar suara tak ada daripada 'mencarut benda-benda yang tak elok!'...hehe..Pitching lari? Nada tak kena? Melodi tak menjadi? Irama tak masuk? Lenggok terlentok? Ehhhhhhh...jangan risau...yang penting Enjoy!!!!(Never mind beb, juri-juri dan pengomen tak ada, kalau ada pun, dorang tak berani r beb!)hehe~

...Kami berempat dah lama planning nak berkarok ni, last-last jadi jugak. Kami pergi time sebelum exam (time ada gap lah)..walaupun sebenarnya yuyu ada Exam esok tuuuuu..hampeh tul! Takpe, Rileks...yang penting Enjoyyyyyy!

...Bermulalah sesi berkaRok kami...Uihhhh,, Ani....boleh tahan lentok dengar suara dia yang ala-ala Ella gitu..hehe. Tak sangka...Na dan Lini agak malu-malu tapi bila dah kena ngan jiwa...jangan tak percaya, kalah artis nyanyi...dengan penuh semangatnya...Yuyu? Oh,,,tidak!!!sampai dah nak hilang suara...sapa suruh nyanyi banyak sangat! Hancur Hancusssssss!!!! Malu eden~weeee

Nah! Kami tak dapat snap banyak sangat pic sebab al-maklumlah,,,tengah syok layan 'suara' dengan lagu jiwangnya, lagu dangdutnya, lagu popnya...memang tak menyempat. Lagi pula, handset-ku bukan yang canggih-manggih sampai leh tangkap pic dalam tempat 'tersosrok' dan gelap macam tu...xoxo~

..Tapi...cubalah juga cari peluang...dan....inilah hasilnya----

Wajah-wajah mereka sebelum 'mengkarokkan' suara...hehe...Best2...rs nak pg lagi~(^____^)

Cik Yuyu yang tunggu masa nak 'melontarkan' suara sampai sakit-sakit tekak dan suara jadi parau..hahahaha! Tapi, enjoyyyy seyhhh!

 Jom sekodeng Na & Lini yang tak sabar-sabar nak mula berkaraoke...(Duet ke kak???)=)

 Wajah Lini yang sedang menanti lagu pilihan dimainkan...Na...Wat Gapo tuuu???Babai 'Cik Abg Sekodeng' ko?hehehe...=)

Hah..Nah! Saatnya mereka beraksi....! Ani dengan penghayatan penuh mendalam dan keasyikannya...Na yang cuba-cuba mengikut nada yang sesuai (menjadi) dan lini yang malu-malu tapi mahu..hehehe...(jangan marah..)..cik yuyu? Eh,, tengah snap pic, mana boleh ikut sama!hahaha~

Wat ever it is.....i'm really happy and enjoy dat moment! Love my Frens for giving me that precious time. Next time,, Karok lagi, Jom! Hepy Hepy Lappy...(lapar la plak)...So, lepas tu kami terus agenda jalan-jalan sekitar Metro Kajang sebelum berangkat pulang dengan suara yang 'hancusnya'...wuaaaa~tapi yeahhaa!

Erm...
Dah puas dengan drama 2010 versi Behind Da Scene ni...Cerita Sebenar? Eh,, rasanya lepas tamat behind da scene (BHDS) ni, tentu teman-teman dan yuyu sendiri (of cos) dah menayangkan filem 'Drama 2010' dalam panggung 'Kenangan 2010'. Babak demi babak dah yuyu tayangkan kembali dalam kepala otak yuyu saat yuyu menghabiskan masa 'menyekodeng' BHDS ni..hehe... 

Bila ingat kembali...macam-macam kisah suka dan duka tercipta dalam Drama 2010 versi yuyu ni...huhu...bermacam reaksi, beribu lagak, berjuta peristiwa yang kekadang menguntumkan senyuman di bibir yuyu malah melantunkan ketawa dan tidak kurang juga yang mampu menitiskan air mata yuyu...banyak sungguh kenangan yang berharga bersama 'mereka-mereka' yang yuyu sayang. Yuyu puas bersama anda-anda. Yuyu gembira dan hapy ada teman seperti anda yang 'mampu bersama yuyu untuk melakonkan watak dalam drama 2010 yuyu ni'. Tanpa anda semua, Drama 2010 yuyu pasti tak ada sambutan dan tidak menjadi. Tiada warna-warni!...Sob-sob~

Tapi, kerana kalian, yuyu mampu tersenyum bangga dan puas...akhirnya Drama 2010 yuyu yang dah jadi Kenangan 2010 telah berjaya yuyu cipta! Terima Kasih SEMUA!!!

Sesungguhnya...Cik yuyu sayang bangattttt anda semua....

Tak sabar menantikan Drama 2011 pula yang akan menyusul....Moga lebih banyak suka daripada duka dan lebih penuh warna-warni! InsyaALLAH.....

Sekarang...Cik Yuyu nak tutup wayang...CERITA PUN DAH T.A.M.A.T...apalagi???
Baliklah......hehehehe~~~SAYANG KAMOO SEMUA~~~


:: (Tamat)xoxo....(off)*

PENGARAH SKRIP:
yuyu Nieysza @ yuyu @ yusmaniza

'Behind Da Scene' Drama 2010~(Part 3)

Lagi 'Di Sebalik Tabir' Drama 2010 yang bakal ditayangkan dalam filem 'Kenangan 2010'... Entry ini merupakan sambungan kepada Part 2 BHDS Drama 2010. Harap anda-anda semua sudahlah mengkhatamnya, Ok.hehe~

Dah sedia....? Jom ikuti sambungan babak yang berikutnya~

Scene/Babak 3 : Sambutan Hari Raya PPBL 2010 vs Sambutan Raya PPBL 2009


- Akhir Tahun 2010/ Awal Oktober


Lokasi : Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik (PPBL)
Pelakon :
(Sebagaimana Part 1) dan...
1. Na
2. Lini
3. Ani
4. Jawahir
5. Sakinah
6. Mila
7. Mimi
8. Jannah
9. Sharel
10. Cek Ku
11. Rosmaida
12. Wani
13. Mun
14. Shamsiah
15. Maji
16. Mira
17. Basitah
*Dan Lain-lain....=)

...Dalam part 2, yuyu puas beRetro dengan teman tersayang...Bila dah tamat Dinner (khas untuk meraikan tahun 2009), maka sudah tentu tahun 2010 juga menemukan saat pengakhirannya...atau kalau manusia, dah sampai peringkat berumur lah katakan...pemuda pemudi dah jadi tua tui dah.hehe~

...Seingat yuyu (yang sememangnya nyanyok nombor), dalam bulan 9, berakhirlah bulan 'ikat perut dan ikat nafsu' umat Islam (bulan Ramadhan)...Maka, syawal pun mula menjelma...tanda suatu kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan beribadat puasa. Alhamdulillah, yuyu dan teman-teman masih dapat meraikannya lagi.

...Setelah bercuti kurang lebih seminggu (kejap ja), maka, kami kembali ke UKM untuk menjalani sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti. Wah gitu!

Sekali lagi, kami pelajar Linguistik diberikan peluang untuk meraikan sambutan hari Raya di PPBL. Seronok memang seronok, tapi, malangnya, tidak semua yang terlibat. Ramai antara teman-teman terpaksa melepaskan peluang itu untuk mengikuti program lain yang lebih penting...urkk, ruginya!hehe...tapi, takpe, kata mereka, "Ala,,,tak apa, Kami lagi best, makan kat Hotel"...Wah3....!Ahli fotografi yang demand..ops! gurau aje..(sebenarnya yuyu jeles)..hehe~

...Alaaaaaaaa...tak bestnya, tak meriahnya.....ramai yang tak ada! Sambutan Hari Raya PPBL yang sangat hambar kali ni. Kalau dulu, meriah bukan main, siap berkaraoke lagi..hehe.(Malu,,,blushing..)..Tapi, sekarang, nak makan pun...rasa tak tertelan(biar 1 pinggan melantak habis!...siap bungkus bawak balik lagi!). Betullah, hari raya kan best kalau disambut ramai-ramai macam kat kampung tuuuuuuuu...tapi, nak buat macam mana..apa pun, tetap cuba menikmati hidangan yang best-best sambil snap-snap pic (Of course!)

Ok...sekarang yuyu tunjukkan kat korang perbezaan kemeriahan Aidilfitri yang disambut di PPBL pada tahun 2010 dan 2009...Korang carilah sendiri perbezaannya, OK...Cauw!

Tahun 2009~












Meriahnya! Semua muka-muka kelihatan Hepy...Gambar pun banyak di snap! Makanan pun, mak aih...Best Giler! Siap ada adegan suap-menyuap lagi. Senyuman jelas terpancar di wajah setiap orang...macam Famili besar!Lecturer pun siap buat tarian dengan mat-mat saleh lagi! Dan...tengok tu pic last...Na siap tunjuk sign 'BEST' lagi...hahaha~ 

Tahun 2010~








 
Kalau dilihat, keseronokan tu memanglah ada...dapat makan Free, sapa tak suka, siap dapat melaram lawa-lawa, of coslah hepy! Tapi teliti pic satu persatu, jelas kegembiraan agak kusam dan kelam. Sambutan agak hambar, makanan agak 'kekurangan' (siap terlebih banyak gila-tak berapa cedap..cory..tapi, tetap syukur).Sekadar makan, tangkap pic, melantak, snap pic...Itu aje.. Tiada aksi suap-menyuap, tarian gelek, mahupun persembahan yang menarik dipertontonkan...uhuh, tapi tak apa, yang penting kami dapat sambut majlis khas PPBL tersebut buat 'student2nya'. Kira beruntunglah kami...hahaha~Alhamdulillah~

T.A.M.A.T sudah 'Behind Da Scene' Part 3...Nantikan Part yang terakhir yang akan menyusul selepas iklan daripada penaja....Eh, jap-jap...part Sambutan Hari Raya tadi rupanya dah berakhir buat kami sebagai mahasiswa UKM...wawawawa~

(Lagi-lagi Iklan!Huh...)

'Behind Da Scene' Drama 2010~(Part 2)

Setelah berjaya mewatakkan diri dalam Drama 2010 Part 1, kini tiba masanya yuyu nak selongkar kembali pula 'behind da scene' drama 2010 part 2. Jeng, jeng, jeng...Wayang bermula~

Scene/ Babak 2 : Semangat BeRetro di Dinner KKM


Lokasi : DECTAR
Pelakon : (Sebagaimana dalam part 1)

...Hampir 3 bulan lamanya Yuyu, Anjang, Eli, Ummi, Zila, K.Aza dan Anis menikmati kelip kelam hidup bersama. kadang-kadang Hepy, kadang-kadang saddy...huhu...dalam masa 3 bulan itu, banyak yang dapat yuyu pelajari daripada mereka. Cuba jadi kawan yang 'baik hati', cuba bersabar dalam apa jua keadaan, kuatkan semangat, yakin pada diri dan menjadi sahabat untuk semua.Hei...hei...hebat kan!

...Satu penghargaan buat penghuni KKM termasuk kami yang sememangnya kecoh 1 blok! Otak gler-gler sumer...1 majlis makan malam diadakan di Dectar...kami yang terkenal ngan suka 'melantak' dan 'melaram', of kos lah tak sabar-sabar tunggu saat yang dijanjikan. Eh, yuyu tak tipu...yuyu siap pakai baju dinner yang habis-habis melaram sepanjang hidup yuyu, wa cakap lu..semata-mata nak merasa nikmat 'beRetro' masa 'Dinner' malam tu...hehehe...tapi sayang, tak sempat nak make-up tebal-tebal. Kalau tak, kalah Saloma...hahahahaha!!!
(Takpa, statement tu, yuyu dah 'straightlinekan'...so, takyah kecoh2)=)...

Ada sorang kawan tanya yuyu : "Cane ek, kalau time Dinner nanti, yus ada secret admirer?"
Haha...soalan memang cepu cemaslah...! Yuyu senyum sambil menggedik dan jawab : "Oh, saya pasti glamour malam tu" eh...silap....dalam hati je lah..hahaha*. Takda pasal cari pasal! haha.

Tepat jam 9 malam, kami selamat duduk di tempat yang dikhaskan sambil menyaksikan persembahan-persembahan best...best ke?...erk, sambil menunggu makanan tuk dihidangkan..(sanggup ni, tak makan siang tadi, semata-mata nak sentap habis-habisan makanan dinner tu!)hah!

Ok...taknak cite panjang-panjang...biarlah pic-pic di bawah ini yang berbicara...ok u guys memang Hot malam tu!!!

Cik Yuyu di samping motor Retronya..ahakz! Motor pameran je pon! Retro kan3?

Tengok tu....Fokuskan kat tangan Si Anjang....Asyik bergayut je keje..Tutt, Tuttt..handsetnya berbunyi lagi melawan bunyi perut yang menunggu untuk dimasukkan makanan..hehehe...Sabar jang, jap lagi makanan sampai~=)

Mempersembahkan lebihan makanan yang masih belum dijamah...urkkk,,kenyang la plak eden rasa..=)

Lepas makan...bermulalah sesi photoshoot....Shanteekkk....dah macam berada kat zaman P.Ramlee plak.Tarakucha cha~

Lagi photoshot kami berempat..aiks, berempat? mana sorang lagi? Ah ha, ummi...cian dia, xjoin sekali sebab da hal lain yang lebih penting...takpe, ummi, next year, ur da princess!hehe...
(Eh....gediknya artis-artis yang di atas ni!....xoxo)

Hah! Lupa...perkenalkan ni yuyu punya ex-rumet sebelum Eli...shantek kan die..Mira namanya...Tiba-tiba bertemu di malam Retro.Nampak sangat dah lama tak jumpe kan..hehe..Oh, Mira...u look so gorgeous!

Ok...Part 2 T.A.M.A.T di sini....Nantikan sambungan 'Behind Da Scene' Drama 2010 Part 3!!!

(Iklan Penaja lagi....)

'Behind The Scene' Drama 2010~(Part 1)

Hari ni dah 31 Dec 2010...Besok dah 1 Jan 2011!
Eh...rupa-rupanya 'Drama 2010' dah T.A.M.A.T! (Buat-buat baru sedar...)=)
Maknanya...esok, akan bermulalah drama baru dalam kisah hidup Yuyu ni ya...Wah!
Tapi...nak tahu jugak tentang sambutan 'Drama 2010' yang bakal ditayangkan dalam 'Filem Kenangan 2010' nanti. Adakah memberansangkan @ adakah membosankan? Uih,,,kena 'Rewind' baliklah ni ya...Kalau tak, tak lakulah 'Drama 2010' yang bajetnya tak seberapa pun tu...hehehe.
Ok...Jom teman-teman...Kita Review balik Drama 2010 ni~

Scene/Babak Pertama : Kelip Kelam Persahabatan di KKM 

--Awal bulan Jan---
Tempat---Kolej Keris Mas

Pelakon : 
1. Yuyu (semestinya)
4. Ummi
5. Zila
Dan pelakon tambahan yang lain*

anjang sedang syok 'taking her pic herself'

Yuyu & Rumet : Kau bunga di-hatiku...cewahhh..(kiut kan topi bunga tu..hehe)
Umi yang tersenyum simpul sambil kontrol perut sementara tunggu 'dinner' dihidangkan..=)
Yuyu & Zila di saat menjadi pengapit pengantin...haha..xadalah, masa ni kami digelar sebagai 'Puteri 'Maulid KKM' sempena sambutan Maulidur Rasul=)

 Cerita bermula...Anjang(bukan nama sebenar), mula menjadi penghuni Kolej Keris Mas (KKM).(tak malu nginap kolej orang). Pada masa tu, Yuyu (aku) ditempatkan di bilik 13-308 bersama rumet yang sangat sporting ,Eli (bukan nama penuh). Sementara Anjang berkongsi bilik dengan Zila (juga bukan nama penuh). Teman kami, Ummi (nama singkatan) pula menjadi jiran kami yang setia.

Di blok itu juga, kami berlima beruntung kerana memiliki teman 'bergalak' hingga 1 blok bising sebab ada kalanya 'berkaraoke' sampai tengah malam. Haha...Kredit to Kak Azza dan Rumetnya, Anis.

Anis ngan slumber facenya 'ralit' duk peghati Azza(k.za) yang memang suka buat orang ketawa terbahak-bahak ngan telatah lucunya..(tengok tu...makan kuih pun nak menunjuk!huh..he=)

Al-kisahnya kami berlima tinggal bersama sebaik mungkin. Namun...namun, dalam pada masa yang sama, (biasalah kehidupan dalam bersahabat) masih ada yang bermasam muka. Konflik bermula apabila ada di antara kami yang mula tidak puas hati dengan yang lain. Yuyu cuba menjadi teman 'in da middle'...Yuyu cuba bersikap adil tapi yuyu tahu dalam bersahabat, pasti ada yang terasa dengan sikap kita.

Maka, yuyu cuba berdiam diri. Yuyu cuba silentkan diri. Yuyu cuba menjadi teman untuk semua walaupun yuyu tahu yuyu bersikap berat sebelah. Tapi, teman-teman...(behind da scene)..ketahuilah...Yuyu sayang anda semua! Kenangan bersama kalian tidak mampu luput dalam ingatan. Moga kelemahan semalam mampu kita perbaiki bersama untuk hidup yang lebih baik..p/s: Tak baik gaduh-gaduh!=)

Sejak Anjang menjadi penghuni tetap KKM waktu itu, Yuyu mula dilihat berpasangan. (sebelumnya, single?). Yuyu mula sedar sejak bersahabat dengan Anjang, yuyu memang perlukan teman. Teman yang sehati, memahami, sporting dan yang paling penting, dapat terima yuyu seadanya. Dan...Anjang memang pilihan terbaik saat itu. Saat teman lain menyisihkan yuyu (mungkinlah), anjang menjadi teman yuyu melepaskan tawa dan sendu. Baru yuyu sedar, betapa pentingnya seorang sahabat yang memahami.

Eli, Ummi dan Zila...mereka juga tidak terkecuali baik terhadap yuyu. Namun, bila 'konflik' sedang melanda, semuanya leka dengan urusan sendiri, termasuk yuyu! Tapi, sebenarnya konflik tersebutlah yang telah mematangkan diri kami berlima=)!

Thanks Korang kerana berjaya mencipta 'babak-babak' tersebut dalam 'drama 2010' yuyu...hehe..sayang kamoo semua!Good Job!!!

:: Tamat Babak Pertama ::
--Nantikan babak berikutnya dalam Part 2---


(Iklan daripada penaja...tettttttt)


Titipan Pena Untukmu Teman

Teman...
Sekali lagi pena aku menitip rasa buatmu
Insan yang bernama teman.

Teman,
Kau insan agong,
Yang mampu mengubah segala...

Mengubah duka menjadi suka
Mengubah derita menjadi bahagia
Mengubah biasa menjadi luar biasa

Namun, teman...
Tatkala ini, aku cuba...
Cuba untuk tidak bermain dengan perasaanku sendiri

Namun, aku akur..
Betapa aku lari,
Makin laju 'ia' mengejarku...

Perit rasanya hati ini untuk menyatakan kebenaran
Kebenaran bahawa aku kehilanganmu........(moga tidak begitu)
Seorang insan yang bernama teman.

Ya, aku dengar kata hatimu..
Tidak usah kau melaungkannya lagi.

Memang kau masih di sini,
Setia di sisi bersama senyuman yang sentiasa terukir

Namun, kusendiri terperangkap
Dek rasa yang tak mampu terungkap

Bayangan kenangan indah bermain di tubir mata
Melenyapkan terus duka semalam dan hari ini
Besok...Akan terciptakah lagi kenangan itu?

Sungguh berat tuk terluah
Sangat perit juga tuk kutelan
Betapa aku merindui
Kenangan 'U' dan 'I'

Yang terus membawa ke gerbang
Gerbang tuk menuju istana Persahabatan!
Akan tercapaikah impian?
Untuk kugapai kasih-mu wahai Teman?
(Moga mencambah kebahagiaan)


*Carutan Pena Hati Yuyu Nieysza 2010~

Thursday, December 30, 2010

Koreannese dalam Dunia Angan-angan Yuyu!




Cantik! Marvellous! Megah! Glamour!.......WAH!!!
Bangga dan bertuahnya menjadi salah seorang daripada mereka (aktres Korea).
Dulu yuyu peminat tegar cerita Korea..bukan sebab pa, jalan cerita yang best dan penuh dengan romantisme...tapi sekarang, eh makin tegar pulak minat yuyu!
Bukan setakat 'story line' je yang mempengaruhi minda dan otak yuyu untuk minat gila-gila dengan filem-filem dari sana, tapi kali ni, pengaruh daripada para pelakon-pelakon mereka yang buat yuyu terus 'Jatuh Cinta'...Arghhh!!! Korea, Korea...I need to go there!

Huh..parah! Kalau yuyu jutawan, dah lama yuyu fly ke sana!
Yang penting yuyu nak jumpa dengan Lee Min Ho dan Go Hye Sun!



Tak kenal? Maka dengan sendirinya, yuyu isytiharkan anda-anda bukan peminat filem Korea...hehe..
Erm, sapa yang tak kenal dengan mereka berdua? Kalau pernah tonton cerita BOF (Boys Over Flower), Yuyu yakin, anda-anda pun pasti tergila-gilakan mereka berdua, kan?


Memang BOF banyak control mind yuyu sampai dah hampir 20 kali yuyu tengok cite tu...berulang kali! Sehinggakan terbawa-bawa dalam angan-angan yuyu...Fuh kalaulah yuyu jadi heroinnya!(haha..merepek!..tapi, takpala, kan namanya angan-angan!)=)

Bayangkanlah ada boy yang macam Gu Jun Pyo tu minat kat kita...dah la kaya, hensem, berpengaruh, baik, penyayang...dan yang paling penting, almostly da Best and Cool about him adalah kerana sikap ke-Caring-annya...adoiii...buat yuyu cair aje lah!

Erm,,,ada ke Gu Jun Pyo versi Malay erk? Kalaulah ada memang beruntung dan lucky-lah aweknya!!! OHHHHHH~

(Dahhh..yuyu dah stat nak berangan lagi...adoiiiii,,,jangan marah ye kawan-kawan, yuyu nak cauw dulu, nak angankan Gu Jun Pyo versi Malay..*Ciptaan sendiri*.ahakz!)