Wednesday, March 3, 2010

Kawanku....HARGAILAH!


KAWAN...
Sangat abstrak...what it mean actually???
kalau tanya budak-budak sek, dorang akan jawab...

"Kawan tu sahabatlah!"
"Orang yang paling rapat dengan kita"
"Orang yang kita kenal"
"Dia inilah kawan saya"(sambil menjeling pada rakan di sebelah..rakan di sebelah senyum teripu-sipu)

Jawapan yang teragak-agak kan....
Jawapan yg bukan datang daripada hati
Sekadar meluncur dari mulut...

KAWAN...
Penting ke????
Kenapa orang perlu berkawan?
kenapa kita perlu cari kawan?

Susahkah hidup kalau takde kawan?

Ni ada satu dialog:
A:"Si mamat tu sorang-sorang je."
B:"Ha, sesuailah tu. mamat si kera sumbang!"

'Mamat si kera sumbang'-jolokan gelaran untuk orang yang tak ada kawan.
Tapi, cuba kita fikir dari sisi Mamat pulak,
kenapa dia tak ada kawan?
Orang tak suka berkawan dengan dia ke?
Atau dia yang tak suka berkawan?
(Mamat, cuba jawab???)

Erm...aku post benda ni bukan nak cerita pasal mamat.
bukan nak membebel tentang kera sumbang..
tapi, secara benar lagi sahih...
Aku masih dalam kekeliruan dalam mencari erti seorang kawan...

Semua orang ada kawan
(orang gila pun dah ada geng mereka)
tapi...tahukah kita apa tujuan berkawan?
kenapa kita ada kawan?
macamana kita dapat kawan?

untuk seketika...
cuba renungkan...
cuba senaraikan nama kawan yang PALING RAPAT dgn kita..
SEBANYAK YANG MUNGKIN TETAPI PALING RAPAT...

Kemudian, fkir sejenak...
Ingati kembali peristiwa yang membawa kepada pertemuan kita dengan mereka...
Adakah kita kan terus menjadi RAPAT dengan mereka..

TIDAK! Kita tidak mungkin akan terus RAPAT dengan seseorang yang kita baru kenal...
Pertemuan-pertemuan seterusnyalah yang akan menentukan keakraban kita dengan mereka..
Dan ianya sangat memakan masa...

Jadi....sekarang
Luangkanlah sedikit masa...
Cuba amati, selami, fahami, kenangi..
Setiap detik kita bersama sahabat dan kawan RAPAT kita..

Detik suka dan duka,
SAat susah dan senang,

Kita sama-sama gembira, sama-sama berduka
Ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sama.
Begitulah kawan...

Tapi...aku sendiri tidak faham!
Sahabat dan kawan sendiri boleh menjadi lawan!

Kenapa ini berlaku?
KAWAN...kenapa jadi LAWAN???

Bila terfikirkan ini..
Aku termenung sendiri,
Aku sebak sendiri...
Aku sesal sendiri...
Aku perit sendiri..

Kenapa???
Sebab jawapannya ada pada kita...pada aku sendiri.
Kita kawan kerana perlukan teman,
Perlukan kasih sayang,
perlukan perhatian,
perlukan seseorang yang dapat menjadi tempat mencurah rasa,
Perlukan seseorang untuk menyokong kita dalam setiap perkara,

Di kala duka, kawan periangnya,
Di kala luka, kawan penawarnya,
Di kala sepi, kawan penyerinya,
Di kala khilaf, kawan penyelamatnya,
Di kala sakit, kawan pengubatnya,
Di kala sendu, kawan penghiburnya
Di kala susah, kawan pemudahnya...

Namun...
tidak semua kawan akan hadir pada setiap kala itu...
Mereka kadang-kadang hanya hadir :
Di kala suka, gembira, bahagia, senang dan glamour....

Sebagai seorang yang punya perasaan..
Kita sedar akan kehilangan mereka tatkala ketiadaan mereka...
Kita akan rasa terpinggir di saat mereka menjauhkan diri drpd kita,
Kita akan rasa telah disisih saat mereka bersama yang lain,
Kita akan rasa perit tatkala mereka tidak menghiraukan kita,
Kita akan merasa dibenci tika mereka bermasam muka...

Lantas kita mula berfikir....

Dulu, bila dia susah,
Kita yang dicari..
Kini, bila kita susah,
Mereka pula yang lari..

Dulu, bila mereka kesepian,
Kita peneman setia,
Kini, bila kita sendirian,
Mereka hilang entah ke mana.

Dulu, bila mereka perlu bantuan,
Belum diminta, kita menghulurkan,
Kini, bila kita kepingin pertolongan,
Mereka diam tiada perasaan...

Dulu, bila mereka sakit,
Kita dengan rela hati menjaga,
Kini, bila kita yang sakit,
Adakah secubit rasa kasihan dicurahkan pada kita?

Aku terus berteleku...
Lantas apakah maksud kawan yang sebenarnya?????

Kenapa perlukan kawan kalau kita tidak pedulikan mereka???
Berkawan biar seribu...
Tapi, hati tetap satu...
Jangan bahagikan hati yang satu itu...
Berilah ia pada semua kawan yang menyayangi kita....
Janganlah meyakiti hati kawan...
Kerana tanpa mereka kita tidak mungkin seceria sekarang....

KAWANKU...
HARGAILAH HUBUNGAN KITA,
JANGAN BIARKAN WALAU SALAH SEORANG DARIPADA KITA MENANGIS...

KAWANKU...
HARGAILAH SETIAP DETIK KITA BERSAMA...
KERANA ITULAH KENANGAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA...

KAWANKU...
HARGAILAH TALIAN INI...
AGAR KITA TERUS MENJADI KAWAN...
KAWAN YANG TIDAK AKAN MENJADI LAWAN...
KAWAN YANG SEJATI..
KAWAN YANG DIBERKATI....
MOGA MENJADI PENGHUBUNG KE JALAN YANG DIREDHAI...

TERIMA KASIH KAWAN....KERANA MENGHARGAI!!!

Ditintakan khas untuk :
"Syila, Azfar, Izzati, Masturah, zawani, Aisyah, Murni, Fatihah, Fiza, Roselawani, Fairuz, Nik, Anis, Fatimah, CT Nurul Ain, Hayati(Yaya), Ezzati Balqis, Jannah, Amirah, Farhana, Azelini, Yah, Yati P-Shan, Lisafina, Azlini, C.Wan, Rosmaini, Eli, Umi, Wahidah, Farehah, Zila, Anjang, Munyati, Mira, Maji, ,Mimi, Kak Aza, Anis, Aifa."

Dititipkan juga buat:
"Semua rakan-rakan yang pernah mengenali diri ini..=)"


KETAHUILAH....AKU SENTIASA MENGHARGAI KALIAN!!!