Friday, April 16, 2010

Setitis Air Jernih

Saat ini hatiku tersentuh,
Tatkala ini perasaanku perit,
Tika ini jiwaku parah,
Waktu ini pandanganku kelam,

Tidak terduga apa yang terjadi,
Tidak pasti apa yang berlaku,
Tidak faham mengapa aku harus begini
Tidak menyangka semua berlaku begitu..

Begitu cepat masa berlalu,
Begitu laju detik berjalan,
Begitu pantas putaran hidup,
Hingga tidak tersedar semuanya sudah berubah!

Siapa aku di hati mereka,
Pentingkah aku buat mereka?

Saat ini aku mengenang kembali...
Peristiwa-peristiwa dan kenangan lampau,
Saat aku mampu menguntum senyuman,
Saat aku bisa bergelak ketawa...

Tika mereka sakit,
Aku cuba menjadi ubatnya,
Saat mereka berduka,
Aku cuba menggembirakan mereka,
Saat mereka bermasalah,
Aku cuba mencari penyelesaiannya...

Tika mereka sedih, aku menangis.
Tika mereka susah, aku cuba membantu,
Tika mereka kesunyian, aku bersedia menjadi penghibur,
Tika mereka diam, aku hilang arah.

Aku cuba mencari di mana silapnya,
Aku cuba meneliti di mana masalahnya...
Cubalah mereka selami hati ini,
Cubalah mereka fahami rasa ini...

Mereka akan tahu,
Mereka akan sedar,
Betapa aku sentiasa menyayangi mereka...

Namun,
Mereka tidak akan peduli,
Mereka tidak akan ambil kisah,
Mereka tidak ingin ambil tahu...

Kesusahan & kepayahan aku selama ini,
Kesabaran dan ketabahan aku semenjak ini,
Kasih & sayang aku selama ini...

Biarlah...
Aku tidak memaksa...
Mereka sudah gembira..
Mereka sudah ketawa,
Mereka sudah senang,
Mereka sudah berjaya,
Mereka sudah bahagia.

Mereka tidak memerlukan aku,
Tanpa aku,
Mereka mampu hidup dengan lebih baik.

Biarlah aku terus begini,
Memendam rasa buat selamanya.
Biarlah aku sendiri,
Itu lebih selesa...

Namun,
Aku tidak mampu menipu..
Kata-kata tidak bisa membuktikan rasa,

Betapa jiwaku merintih!
Dan...akhirnya, air jernih itu tertitis jua membasahi pipi..........

Thursday, April 15, 2010

Penantian Suatu Penyiksaan

Menanti dan menunggu dengan penuh pasrah
Tidak sabar membalut rasa yang berdarah
Bukan mudah bagiku untuk menyerah
Walaupun bukanlah aku seorang Siti Khadijah

Satu penyiksaan yang bakal merobek tangkai jiwa
Suatu penderitaan yang menghuni hati buat sekian lama
Penantian yang sungguh memijak rasa
Kepayahan yang tak terungkap dek kata-kata

Paradigma kehidupan terus berputar
Sedangkan aku masih belum sedar
Erti Kekuasaan yang Maha BESAR
Mengajak aku supaya bersabar

Bukan kata-kata hanya mainan
Bukan perasaan yang jadi tuntutan
Tetapi Ketulusan yang akan dipamerkan
Daripada bibit rasa yang cukup menenangkan

Masih jelas bintik-bintik cahaya
Di sebalik tirai yang menutupi jendela
Menghangatkan jiwa yang makin tidak selesa
Menyilaukan pandangan yang suram tidak bermaya

Kalau dia yang ku nanti
Maka dia yang ku rindui
Jika masa terus berlari
Biarlah aku terus menyendiri

Kerna kau tidak akan menoleh ke belakang
Memandang walau sekilas dengan penuh pengharapan
Aku cuba untuk faham
Kerna aku tahu aku tidak akan menang

Aku menanti, menanti dan terus menanti
Sedangkan kau terus berlari, berlari dan berlari
Aku berharap muncul keajaiban suatu hari nanti
Saat kau menoleh dengan penuh rasa simpati

Jika benar kau tercipta untukku
Maka kau pasti milikku...

Wednesday, April 14, 2010

Cara Spesifik Untuk Ketahui Rahsia Diri!!!

Tiada siapa yang tahu tentang diri sendiri. Kita bukan 'magician' boleh baca ramalan tentang diri sendir...Kalau nak angkat (puji) diri sendiri, bolehlah..tapi kalau nak cari rahsia diri, amat sukar dan mustahil dilakukan.

Tapi, di sini kita akan cuba merungkaikan rahsia diri kita melalui nombor kelahiran kita. sangat mudah dan cepat!!! Rupa-rupanya setiap orang memiliki tanda-tanda tentang dirinya melalui tarikh lahir..Sungguh menarik, kan?

Jadi, sekarang jom kita singkap rahsia diri melalui tarikh lahir....Artikel ini saya kutip daripada 2 sumber iaitu : http://turnina.multiply.com/journal & daripada Dr. Fadzilah Kamsah...


CARA PERTAMA

Langkah :
1) Tambah keseluruhan nombor yang ada dalam nombor kelahiran.
Tetapi bukan tambah satu-satu, tambah secara berasingan untuk hari, bulan dan tahun.
2) Kemudian tambah satu persatu hasil di atas.
3) Jika hasilnya > 9, maka perlu ditambah lagi hasil tersebut untuk memperoleh hasil yang sebenar.

Contoh 1 : 12 April 1988
12 + 4 + 1988 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
(Jadi nombor lahirnya ialah 6)

Contoh 2 : 19 Mei 1974
19 + 5 + 1974 = 1998
1 + 9 + 9 + 8 = 27 (lebih drpd 9)
2 + 7 = 9
(Jadi, nombor kelahirannya ialah 9)


JOM SEMAK JAWAPAN!!!


1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang
Amadeus Mozart.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley


CARA KEDUA

Langkah :
1) Tambah no pertama & kedua dalam nombor kelahiran
- Hasil tambah merupakan kotak 1
2) Tambah semua nombor yang ada dalam nombor kelahiran
- Hasil merupakan kotak 2
3) Tambah kotak 1 dan kotak 2
- Hasil merupakan kotak 3

* Penting : Kalau setiap hasil tambah > 9, maka perlu ditambah lagi.


Contoh : Tarikh lahir : 12/04/1988

1 + 2 = 3

Maka kotak 1 adalah 3..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

1 + 2 + 0 + 4 + 1 + 9 + 8 + 8 = 33

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

3 + 3 = 6

Maka kotak 2 adalah 6..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

3 + 6 = 9


Maka kotak 3 ialah 9..

* Setiap hasil campur lebih dari 9 perlu dicampur lagi *
(Contoh : 5 + 6 = 14 (lebih 9), maka campur lagi , 1 + 4 = 5 )
Kalau tak melebihi 9 ,tidak perlu!!!

Hasilnya, ambil nilai bagi ketiga-tiga kotak iaitu kotak 1, 2 dan 3 dan bandingkan dengan hasil di bawah :

Selamat Mencuba!!!


SEMAK HASIL :

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


hasilnya daripada di atas

3: Kemas (Cerewet)
6: Angin
9: Glamour

* Harus diingatkan, ini hanyalah ramalan, namun untuk mempercayainya, bergantung kepada anda sendiri....*

Saturday, April 10, 2010

"Rentetan Sisa Kehidupan"

Aku sedikit terpaku di sini...
Senyap tanpa bicara..
Kelu lidah tidak bersuara..
Namun, hatiku berdegup jantung bergetar..

Roda kehidupanku masih ligat berputar.
Bersama masa yang setia di sisi..
Masa yang tidak pernah melambaikan tangan mengajak beredar bersama.
Masa yang ibarat kawan dan musuh bagiku.

kenapa kawan dan kenapa musuh?
Sukar untuk aku perjelaskan di sini..

Kadang-kadang aku sedih,
kadang-kadang aku gembira..
Di saat sedih, masa adalah musuhku..
Di saat gembira, masa pula menjadi sahabat baikku.

"Cepatlah masa berlalu!"
"Cepatnya masa berlalu!"

Walaupun hampir sama, namun kata-kata itu sangat berbeza...

:: Saat Bibir berat meluah bicara,
mematikan idea yang sarat dengan cerita..
Syukur Penaku tidak sabar mencoret kata,
Tatkala hati bergelodak rasa ::

-------Kini Aku Kisahkan Rentetan sisa kehidupan Seorang Aku-------

~Akhir tahun 2008~

Wajahku perit menahan kesedihan...Melihat lambaian bapa saudara dan sepupuku yang semakin jauh semakin menghilang di sebalik puluhan manusia.
Perasaan masih berkecamuk mengenangkan mak yang tak dapat datang...Babai semua..aku pasti merindui kalian....

Di kafe KKM, aku berdiri memandang sekeliling..ASING!!!
"Aku kat mana ni?" Sana sini rata-rata sedang berpeluk cium dengan kaum keluarga..mak ayah, adik, abang dan kakak.
Satu perasaan aneh masih terperangkap dalam jiwa halusku..

Mak...Rinduuuuu....
Kakiku mula mengorak langkah..
Memasuki bilik yang masih berselerak..
Aku biarkan sahaja..
Merebahkan diri ke katil, memandang kipas yang berpusing ligat..

Pandanganku kabur,
Terasa air jernih membasahi pipi...
Tidak tertahan dek rasa menanggung hiba..
Tidak terluah dek kata-kata yang melindungi duka..

Seketika aku tersedar...
Kenapa perlu aku menangis?
Sepatutnya aku perlu happy, gembira, bangga!
Kampus UKM sudah mula kujejaki..
Yang selama ini aku idami...
Menjadi seorang mahasiswa yang aku impi selama ini.

Ya! UKM, aku datang!!!
Kini aku akan mula berjuang!

~ Awal tahun 2009~

Padan muka aku!
Kekeringan duit, menagih bantuan drpd PTPTN.
Yang memang angkanya tidak seberapa.

Seketika aku buntu...
Yuran masih tertunggak.
Perut kosong tak terisi
Dompet pula berat dengan kad & IC.

Hilang semangat nak belajar!
Putus harapan nak berjaya!
Gagal mengimpikan kemegahan hidup
Kalah menjadi insan yang cemerlang..
(tanpa duit, semua mengalah)


aku akur,
doa terus kupanjatkan pada Illahi
Silapku juga yang mengambil tindakan
Terburu-buru dalam membuat keputusan
memberi peluang derita datang bertanggang..

Peritnya waktu itu hanya DIA yang Tahu..

Namun, dalam kekalutan dan kegelisahan yang tertonjol dalam hati
walhal luaran senyuman terpaksa kuukir,
Dengan bantuan rakan-rakan & keluarga
aku yang kian tersungkur berjaya bangun kembali.

Akhirnya, Aku mampu tersenyum ikhlas...
Terima Kasih semua....

~Pertengahan tahun 2009~

Peperiksaan makin hampir...
Aku terus berulang-alik daripada KKM ke KUO,
KKM ke PTSL, ke PPBL dan ke KKM kembali..

Susah!Letih! Penat! Bad mood!
Semua ku rasa tatkala itu benar-benar membuntukan fikiran..
Masalah makin 'ramai' mengetuk jendela perasaan.
Menjadi tetamu yang tak diundang.

Aku hanya mampu tersenyum, dan terus tersenyum.
Musim peperiksaan sudah berlalu.
Kini, aku pulang menjenguk ibu
Yang kesekian lamanya tidak kutemui.

Sykur setiap dugaan & cabaran berjaya kutempuhi.

~ Pertengahan Tahun 2009 ~

Permulaan Semester baru.
Semua tentang diriku juga baru.
Umur yang 'baru'..
Semangat yang baru..
Dan Azam yang baru.

Banyak yang berubah pada kehidupan biasa aku,
Banyak juga perkara biasa yang menjadi luar biasa bagiku
dan Perkara luar biasa telah menjadi biasa buatku.

Semester ini penuh dengan konflik!
Persahabatan, pelajaran, kewangan.
Semuanya menimbulkan keraguan dalam diri.

Namun, sebagai insan biasa aku jadi pasrah.
Aku cuba bergelak tawa melindungi duka.

Manusia tidak selalunya bahagia.
Ujian sengaja diuji untuk kematangan diri.

Aku tetap aku yang dulu.
Walau diuji dengan bermacam cabaran.
Aku akan masih seperti dulu.
Yang masih leka mencari keseronokan dunia.

Tanpa menoleh ke belakang,
dan belum memandang ke hadapan,
Aku teruskan juga kehidupan aku...

Sayang...
Aku tidak menghargai kehidupan yang sepatutnya indah buatku...***

~ Awal Tahun 2010 ~

Seketika imaginasiku berputar.
Sedetik perasaan halus mula terdetik.
Jernihan manik mata mula gugur,
Tanpa dipaksa aku menangis.

Bermacam peristiwa berlaku sepanjang semester ini.
Suka, duka, ceria, gembira dan parah dalam sendu.
Yang bakal aku tinggalkan untuk menghadapi kehidupan seterusnya..

Biasa, memang biasa!
Lumrah kehidupan insan yang bergelar makhluk Allah.
Diuji dengan bermacam dugaan.

Namun, di sebalik dugaan yang bersimpul dalam hati,
mematahkan rasa gembira,
menyakitkan dan menyesakkan dada,

Syukur ada penawarnya.
Rakan-rakan yang membuatkan aku mula tersenyum kembali.
Aku seronok bersama kalian.

Yang sentiasa menganggap aku sebagai kawan.
Yang tidak putus-putus menjadi penawar dukaku..

Benarlah kata orang tanpa sahabat,
Kita akan menjadi lemah!
Terima kasih sahabat...

Akhirnya...
Masanya sudah tiba untuk aku bergelut dengan peperiksaan.
Ah! aku semakin malas!
Semakin berat mata untuk memandang buku,
semakin letih badan untuk ke pusat ilmu.

Apa dah jadi???
Ini bukan diriku!
Aku perlu kuat, tabah!

Facebook terus jadi tatapan tuk santapan harian.
Racun apalah yang menjadikan aku 'derita'
Bila tidak memandang-mu walaupun sehari?????

Risau dan bimbang kerana aku makin leka.
Leka dengan urusan dunia yang sengaja aku cipta.
Entahlah, biarlah...
Mungkin aku perlu masa untuk menjadi 'luar biasa'.

Masa terus berlalu...
Kini awal tahun 2010 mula menutup tirai.
Pertengahannya pula akan menjengah...

Aku...???
Pastinya akan berubah!
Bukan diriku, tetapi semangat dan azam yang baru
Untuk melalui roda yang seterusnya...

Sisa-sisa kehidupan yang aku tinggalkan
bersama baki-baki pengalaman yang tidak mampu kulupakan,
Akan terus tersemat di benak rasa,
Menjadikan aku lebih matang daripada biasa.

Oh, masa kenapa cepat kau berubah?
Kenapa kau tidak memahami perasaan insan seperti aku.
Yang masih merindui saat-saat manis.
Yang mencintai waktu gembira.

Kalaulah masa itu mampu diputar kembali,
Ingin rasanya aku sembuhkan saat duka,
Memperbaiki kelemahan diri yang ada.

Namun, masa tetap akan berputar,
Lebih laju kalau kita tidak menyedarinya.
Hanya insan yang menghargainya yang sedar,
Betapa masa itu sangat penting dan berharga!

Biarlah masa berlalu,
Biarkan kehidupanku terus 'bernyawa',
Agar bisa aku rasai setiap detik dalam hidupku.
Yang akan aku kisahkan rentetannya
dalam akal serta ingatan aku.

Mungkin ini yang terakhir kalinya
Aku mampu melakarkan kisahku
Di dalam lakaran rasa hati
Kerana tiada siapa yang tahu

Bilakah masanya 'nyawa' kita diragut-NYA,
Bilakah saatnya dunia ini akan berakhir.

Selagi ada masa,
Selagi ada waktu,
Selagi ada cerita,
dan selagi ada rasa,

Aku akan melalui detik-detik kehidupan,
dan Rentetannya pasti akan berterusan lagi...



~ Sekian Untuk Kali Ini. Ada masa, Bersua Kembali ~