Monday, January 11, 2010

I DonT kNow WhO I aM!!!

Aku tak tahu siapa aku...
Aku tak kenal siapa diriku...
Aku tak faham tentang aku..

I dont know who i am!!!

Pernah...
Aku pernah gembira,
Aku pernah ketawa,
Aku pernah merajuk,
Aku pernah marah dan geram,
Dan aku pernah menangis...

Kenapa???
Kenapa aku perlu jadi macam ni?
Kenapa aku perlu hidup macam ni?
Kenapa aku perlu marah?
Kenapa aku perlu geram?
Kenapa aku perlu menangis???

Kalaulah...
Kalaulah aku boleh gembira selalu,
Kalaulah aku boleh senyum selalu,
Kalaulah aku boleh ketawa selalu...

Tapi,aku tahu...
Tak semua org bahagia,
Tak semua org gembira selalu,
Tak semua org dpt bersm dgn org yg mereka syg...
Tak semua org dpt apa yg mereka mahukan...

Begitu juga dgn aku..
Sekarang, aku dh macam tak kenal siapa diriku,
Jahatkah aku?
Berdosakah aku?

Aku xfhm.
Betul2 xfhm tntg diriku...
Kdg2 aku berlagak tenang,
Walhal sakit di hati tiada siapa yg tahu.
Kdg2 aku melonjakkan rs gembiraku,
Padahal sedih memang tidak dpt dibendung..
Kdg2 aku merasa bersalah,
Tapi, keegoanku terbatas..
Kdg2 aku merasa kasihan pd shbt2ku,
Namun, sengsara yg bersarang di lubuk hatiku,
Siapa yg ambil tahu????

Aku dah Letih!!!
Cukup2 letih sehinggakan aku dah tak tahu siapa diriku yg sebenarnya...

Keprihatinan aku terselindung dek keegoanku..
Kasih sayangku disembunyikan dgn rs amarahku..
Kedukaanku di sebalik kegembiraanku..
Rajukku di balik rs kasihku..


Jadi,
Siapakah aku yg sebenarnya?
Kenapa sukar aku tunjukkan diriku yg asal?
Kenapa payah utkku menjadi diriku?
Kenapa susah bg aku utuk tonjolkan ape yg aku rs?

(Termenung seketika)

Sebenarnya...
Aku dah sedar.
Lama dah aku sedar,
Aku memang begini.
Sukar untukku ubah diriku,
Aku tetap akan jadi diriku yg begini...

Memang aku tak faham siapa aku...
Memang aku tak tahu siapa diriku..
Tapi...aku adalah aku,
Insan biasa yg juga punye perasaan..

Perasaan bila disakiti,
.....bila dijauhi,
.....bila dilukai,
.....bila dibenci,
.....bila disayangi dan dikasihi...

Biarlah apa org nak kata,
Biarlah apa org nk fikir,
Biarlah mereka menghina,
Biarlah mereka membenci,
Suka hati mereka nk judge aku macamana..

Kerana...AKU ADALAH AKU dan AKU TETAP AKU!!!!!!!

Saturday, January 2, 2010

Petanda Si Dia BOHONG!!!

BANYAK cara sebenarnya untuk ‘membaca’ seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.
Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

Nada suara
Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa
Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.

Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.

---Ha!!! Dah dpt tangkap si dia berbohong???
---Lain kali jangan mudah percaya 100% cakap orang...Kaji dulu semua perkara di atas. Baru tak menyesal kemudian hari. hehehe!

---Lain kali kalau nak BERBOHONG pun...cover-cover lah sikit!
---Nak berbohong pun, perlukan seni. Jangan terkena Tangkap sudah!!!

---Tapi ada ke istilah BOHONG SUNAT??? atau ia hanya diREKA-REKA sahaja?
---Em,,,apa-apa pun, berbohong memang BERDOSA!
---Pandai-pandailah tanggung DOSA anda sendiri wahai PINOCCHIO!!!

Lelaki Di Mata Perempuan???

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…dah plan!

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…comeiiii!!!
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?… sedar diri..bagus!

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

---Em...betul ke semua perempuan memandang lelaki dengan cara begitu???
---Ketara sangat bezanya antara LELAKI HANDSOME dengan LELAKI X HANDSOME!!!
---Tp...cuba fikir balik kalau ini LELAKI HANDSOME vs LELAKI X HANDSOME, how's about PEREMPUAN LAWA vs PEREMPUAN X LAWA???

---Dalam dunia ini...pelbagai ragam manusia dapat kita lihat. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang kaya, ada yang fakir, ada yang sempurna, ada yang cacat...
---Namun, kita tak boleh sewenang-wenangya membuat andaian dan memberi penilaian tersendiri terhadap orang yang LEMAH! sebab SEMUA ORANG ADA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN yang tersendiri.

---Jadi...pandai-pandailah kita menjaga dan menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain...
---LELAKI DAN PEREMPUAN sama sahaja bagi YANG MAHA PENCIPTA. Masing-masing saling memerlukan!!! Entah-entah orang yang kita kutuk itulah JODOH kita...meraung pun tak berguna!

---Oleh itu...Fikir-fikirkanlah...(^__~)

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru, Lebih Haru Biru!!!


Waduh-waduh-waduh...suka sangat bila dah mula tahun baru ni.
Cepat betul masa berlalu, betul-betul tiada kesedaran...huhuhu
Rata-rata manusia mula membanjiri KLCC dan Dataran Merdeka semalam...
Menunggu detik bermulanya tahun baru 2010 dan berlalunya tahun 'lama' 2009.
Menyorak kegembiraan bila bunga api terpancar menyala di langit yang hitam dan suram.
Menari-nari riang sambil berteriak HAPPY NEW YEAR!!!
Berdentum bunyi membingitkan telinga menambahkan debar di dada...




Tahun Baru...
Em, apa maksud sebenar istilah itu?
Setiap orang memiliki maksud yang tersendiri..

Bagi aku...
Tahun baru merupakan perkara yang biasa sahaja!
Kenapa?
Sebabnya...Kalau diteliti secara logik...
Setiap tahun sama sahaja...


Tak ada yang pelik, tiada yang berubah...
Tetap sama seperti dulu,
Tetap mempunyai 365 hari,
Tetap miliki 52 minggu.
7 hari dalam seminggu,
24 jam sehari,
60 minit 1 jam...

Jadi, apa yang barunya???
Kenapa tahun baru begitu bermakna
Yup!!!
Semua orang pasti ada jawapan kepada soalan itu.

Walaupun setiap tahun akan tetap sama.
Seperti roda yang berputar-putar.
Pasti akan melalui perjalanan yang sama.

Namun,
Di sebalik makna tahun baru itu,
Terselit seribu keistimewaan..
Tidak kiralah tahun baru Islam atau Barat.

Sebenarnya untuk menginterpretasi makna tahun baru itu bukanlah mudah..
Kita tidak boleh secara arbitrarinya (sewenang-wenangnya) memberi kesimpulan yang mudah.
Tahun baru begitu spesifik!


Bila tibanya tahun Baru,
Bukan suri rumah perlu perabot baru,
Bukan suami perlu isteri baru,
Bukan sedara-sedari perlu baju baru,
Bukan pompuan lelaki perlu pacaran baru...


Tahun baru bukan perlukan semuanya baru...
Tapi, aspek-aspek ini yang memerlukan pembaharuan...
Semangat baru,
Azam baru,
Kehidupan yang lebih maju,
Perhubungan sesama insan yang lebih seteru,

Setiap insan memerlukan pembaharuan,
Perkara yang buruk menjadi baru,
Perkara yang kabur menjadi terang,
Perkara yang susah menjadi senang,
Perkara yang jauh menjadi dekat,
Perkara yang mustahil menjadi mungkin,
Perkara yang keruh menjadi jernih,
Bak kata setiap perkara perlukan perubahan!


Kita hidup di dunia bukan selamanya...
Entah kejap lagi,entah esok, entah minggu depan, entah bulan depan dan entah tahun depan...
Kita mungkin akan berpisah dengan dunia ini...
Kita tidak tahu....tapi....

Bila tibanya tahun baru, umur kita turut menjadi baru!
Bila tibanya tahun baru, kita akan sedar yang kita sudahpun menjejak ke usia yang lain,
Bila tibanya tahun baru, kita akan faham yang usia kita sudah semakin meningkat.
Bila tibanya tahun baru, maka dengan sendirinya kita akan jelas yang kita masih lagi hidup di muka bumi ini...
Jadi...hayat kita di dunia makin bertambah...

Oleh itu, tidakkah kita juga perlu lakukan perubahan seperti berubahnya umur kita
Binalah keazaman baru,
Binalah kekuatan baru,
Binalah keyakinan baru,
Binalah semangat baru,
Binalah usaha baru
Dan binalah diri yang baru!


AH!!!
Tahun ni pasti banyak perkara baru akan timbul dalam hidupku...
Semester baru,
Pelajaran baru,
Tempat baru,
Kawan baru,
Orang baru,
Dan macam-macam lagi yang baru....
Makin bertambah komitmen,
Haiiiii......haru biru pulak jadinya!

Tapi...tak apa...
Setiap yang baru ada kelebihannya...
Semua orang pun sukakan sesuatu yang baru.
Sibukkan diri dengan perkara yang baru...
Abaikan perkara yang lama...
Yang penting jangan jadikannya porak peranda!

Biar tahun baru, hidup lebih haru biru,
Yang penting jangan terburu-buru,
Azam dan semangat baru, dicipta duhulu,
Barulah diri boleh maju!!!

SELAMAT MENGHARU-BIRUKAN TAHUN BARU DENGAN SESUATU YANG LEBIH MAJU!!!