Monday, January 17, 2011

Bahagia dalam Harapan

Berharganya walaupun setitis air mata....



Tapi,,, kali ini aku terpaksa membazirkannya lagi...
Entah keberapa kalinya aku sendiri kurang pasti...

Setiap kali melihat kegembiraan orang lain,
Aku cuba menjadi segembira mereka...sebahagia mereka...
Terlupa sebentar pada derita diri sendiri...
Tapi...saat melihat dan memahami kesedihan & kedukaan mereka...
Dengan sendirinya...pasti mataku bergenang air jernih...
Yang pastinya, terus tertitis sedikit demi sedikit ke pipi dan bibirku...
Bersama deraian kenangan lalu yang memberi parut seribu dalam kisah hidupku...

Aku cuba memujuk & meyakinkan diri mereka yang mereka perlu KUAT & TABAH!!!
Yang pastinya bukan sekuat & setabah aku...
(kerana mereka belum pernah melihat 'ketabahan' aku yang terselindung dek keceriaanku selama ini)

Namun...tidak untuk diriku!!!
Aku bukan semulia & sekuat SITI KHADIJAH...
Aku bukan sebaik & setabah SITI AISYAH...
Aku adalah insan yang lemah!
Yang belum pernah mengenal erti.......
BAHAGIA YANG SEBENAR-BENARNYA!


Aku punya kehidupan...
Tapi bukan selengkap kesenangan.
Aku punya keluarga...
Tapi bukan sesempurna kebahagiaan.

...Aku masih ingat...
Impianku beberapa tahun yang lalu..
yang tertulis dan terconteng di dinding rumahku...(kini agak samar-samar)

"Berikan aku kebahagiaan...Aku ingin seperti mereka yang mengecap bahagia..hidup cuma sementara...kalau boleh, aku inginkan senyuman sepanjang hidupku.."


Jadi...kini, aku akan cuba tersenyum...sekerap yang mungkin...
Senyum...senyum...dan terus tersenyum....
Kerana aku tahu aku bukan sombong!
Walaupun aku kurang bijak dalam BERBICARA...
tetapi aku cuba...
cuba untuk membuang sikap MALU ku yang sebenarnya dahulu....
ITULAH DIRIKU.....

...Mereka tak faham apa erti BAHAGIA bagi diriku...
kerana mereka tidak pernah merasa DERITA yang kurasai.
Mereka bukan memandang aku dengan mata hati...

Jadi, cukuplah sekadar memahami....AKU JUA INSAN BIASA...
Aku juga ingin GEMBIRA
Aku juga perlukan BAHAGIA
Bolehkah berikan ia padaku? Bolehkah?
Aku MERAYU!!!
TOLONGLAH....!!!

Yang pasti.....RAHSIA tetap menjadi RAHSIA.
Rupanya...sepanjang hidup ini,,,
AKU MASIH DIRIKU YANG DULU...
TIDAK BERUBAH walaupun AKU MENCUBA!

Namun...AKU TETAP BERHARAP...
Suatu hari nanti...
SINAR BAHAGIA...akan kutemui jua...

Bersama deraian air mata yang kubazirkan lagi...
Aku berharap dengan penuh pengharapan...
Dalam sisa hidup yang masih berbaki...
Semoga impian dan harapanku menjadi kenyataan.


Monday, January 10, 2011

Biarkan Hati Berkata-kata


KOSONG...
Tiada kata mampu terucap...
Bibir bergetar, tidak tertanggung menahan hiba...
Hanya titisan jernih meniti di pipi...
Saat mata terpejam rapat, melepaskan pilu yang amat.

Haruskah begini? Kenapa perlu lemah?!
Kenapa perlu kalah dengan jeritan batin sendiri???
Pengecut!

............................................................................................................................................................................................................

Kata hati : Aku sedih...aku dah tak tahan menahan semuanya...cukuplah! Biarkan aku lepaskan segala rasa yang terpendam...! Izinkan aku...

Kata bibir : Sabarlah hati...kau kuat! Cekalkanlah dirimu! Jangan biarkan 'mereka' tahu apa yang kau rasa...aku akan cuba membantumu, wahai hati.

Kata Hati : Yaaa...sudah lama aku cuba cekalkan diriku...tapi, sampai bila? bukan aku saja, malah jiwa sendiri sudah memberontak!

Kata Akal : Hati, jangan ikutkan sangat kata-katamu itu. Aku akan cuba bertindak rasional. Bibir, kau jangan bimbang. Rahsia hati akan kujaga.

Kata Bibir : Itulah yang sebaiknya...(sambil mengukir senyuman)

Kata Mata : Tapi, aku juga sudah tidak tahan! Tak tertanggung lagi menyimpan bebanan ini. Izinkanlah aku luahkan ia (air mata).

Kata Akal : Jangan mata! Jangan titiskan ia... kau juga perlu kuat! Jangan terlalu mudah menitiskan 'air' mu itu...ia sangat berharga mata...

Namun, mata tidak mampu lagi menahannya, bibir cuba memujuk, tetapi desakan hati lebih kuat... hati dan jiwa bersatu memberontak, mengalahkan akal yang cuba berfikir rasional,...bibir turut menjadi goyah walaupun cuba mengentalkan diri....akhirnya, mata berjaya menumpahkan air yang selama ini dikandung penuh tabah...

Kata Hati : Ahhhh...sekarang aku sudah lega...

Kata Akal : Oh, hati. tidak fikirkah kau, sekarang aku pula yang merana...

Kata Hati : Mengapa pula?

Kata Akal : Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku melupakan semua yang menyebabkan kau bersedih...aku tidak pandai memujuk-mu wahai hati.

Kata Hati : Tidak mengapa, akal. Aku sudah lega kerana berjaya melepaskan keluhanku. Jangan kau bimbang untuk memujukku. Sekarang, Kau hanya perlu mengikut kata-ku.

Kata Akal : Apakah katamu?

Kata Hati : Bergembiralah! Jangan difikirkan lagi perkara yang menyedihkan itu...Fikirkan setiap perkara yang menggembirakan aku...hanya itu yang perlu kau lakukan sekarang.

Kata Akal : Baiklah, aku akan cuba memanjakanmu hati...sekarang apa yang kamu mahu, wahai hati?

Kata Hati : Aku mahu Hepy! Aku mahu enjoy! Pasang lagu kuat-kuat dan hiburkanlah aku!

Kata Akal : Baiklah!

Akal mengarahkan tangan agar memasang lagu yang menghiburkan hati, sedang mata kembali ceria dan bibir mula menguntumkan senyuman yang cukup berharga dan tiada lagi kepura-puraan!

.......................................................................................

"...Setenang air di muara, jangan disangka tiada buaya...
...Semanis senyuman di bibir, jangan diduga tiada getir..."


~Difantasikan daripada KISAH BENAR~
---Sekian---