Friday, December 31, 2010

'Behind The Scene' Drama 2010~(Part 1)

Hari ni dah 31 Dec 2010...Besok dah 1 Jan 2011!
Eh...rupa-rupanya 'Drama 2010' dah T.A.M.A.T! (Buat-buat baru sedar...)=)
Maknanya...esok, akan bermulalah drama baru dalam kisah hidup Yuyu ni ya...Wah!
Tapi...nak tahu jugak tentang sambutan 'Drama 2010' yang bakal ditayangkan dalam 'Filem Kenangan 2010' nanti. Adakah memberansangkan @ adakah membosankan? Uih,,,kena 'Rewind' baliklah ni ya...Kalau tak, tak lakulah 'Drama 2010' yang bajetnya tak seberapa pun tu...hehehe.
Ok...Jom teman-teman...Kita Review balik Drama 2010 ni~

Scene/Babak Pertama : Kelip Kelam Persahabatan di KKM 

--Awal bulan Jan---
Tempat---Kolej Keris Mas

Pelakon : 
1. Yuyu (semestinya)
4. Ummi
5. Zila
Dan pelakon tambahan yang lain*

anjang sedang syok 'taking her pic herself'

Yuyu & Rumet : Kau bunga di-hatiku...cewahhh..(kiut kan topi bunga tu..hehe)
Umi yang tersenyum simpul sambil kontrol perut sementara tunggu 'dinner' dihidangkan..=)
Yuyu & Zila di saat menjadi pengapit pengantin...haha..xadalah, masa ni kami digelar sebagai 'Puteri 'Maulid KKM' sempena sambutan Maulidur Rasul=)

 Cerita bermula...Anjang(bukan nama sebenar), mula menjadi penghuni Kolej Keris Mas (KKM).(tak malu nginap kolej orang). Pada masa tu, Yuyu (aku) ditempatkan di bilik 13-308 bersama rumet yang sangat sporting ,Eli (bukan nama penuh). Sementara Anjang berkongsi bilik dengan Zila (juga bukan nama penuh). Teman kami, Ummi (nama singkatan) pula menjadi jiran kami yang setia.

Di blok itu juga, kami berlima beruntung kerana memiliki teman 'bergalak' hingga 1 blok bising sebab ada kalanya 'berkaraoke' sampai tengah malam. Haha...Kredit to Kak Azza dan Rumetnya, Anis.

Anis ngan slumber facenya 'ralit' duk peghati Azza(k.za) yang memang suka buat orang ketawa terbahak-bahak ngan telatah lucunya..(tengok tu...makan kuih pun nak menunjuk!huh..he=)

Al-kisahnya kami berlima tinggal bersama sebaik mungkin. Namun...namun, dalam pada masa yang sama, (biasalah kehidupan dalam bersahabat) masih ada yang bermasam muka. Konflik bermula apabila ada di antara kami yang mula tidak puas hati dengan yang lain. Yuyu cuba menjadi teman 'in da middle'...Yuyu cuba bersikap adil tapi yuyu tahu dalam bersahabat, pasti ada yang terasa dengan sikap kita.

Maka, yuyu cuba berdiam diri. Yuyu cuba silentkan diri. Yuyu cuba menjadi teman untuk semua walaupun yuyu tahu yuyu bersikap berat sebelah. Tapi, teman-teman...(behind da scene)..ketahuilah...Yuyu sayang anda semua! Kenangan bersama kalian tidak mampu luput dalam ingatan. Moga kelemahan semalam mampu kita perbaiki bersama untuk hidup yang lebih baik..p/s: Tak baik gaduh-gaduh!=)

Sejak Anjang menjadi penghuni tetap KKM waktu itu, Yuyu mula dilihat berpasangan. (sebelumnya, single?). Yuyu mula sedar sejak bersahabat dengan Anjang, yuyu memang perlukan teman. Teman yang sehati, memahami, sporting dan yang paling penting, dapat terima yuyu seadanya. Dan...Anjang memang pilihan terbaik saat itu. Saat teman lain menyisihkan yuyu (mungkinlah), anjang menjadi teman yuyu melepaskan tawa dan sendu. Baru yuyu sedar, betapa pentingnya seorang sahabat yang memahami.

Eli, Ummi dan Zila...mereka juga tidak terkecuali baik terhadap yuyu. Namun, bila 'konflik' sedang melanda, semuanya leka dengan urusan sendiri, termasuk yuyu! Tapi, sebenarnya konflik tersebutlah yang telah mematangkan diri kami berlima=)!

Thanks Korang kerana berjaya mencipta 'babak-babak' tersebut dalam 'drama 2010' yuyu...hehe..sayang kamoo semua!Good Job!!!

:: Tamat Babak Pertama ::
--Nantikan babak berikutnya dalam Part 2---


(Iklan daripada penaja...tettttttt)


2 comments:

Anonymous said...

falsh back balik ni hehe...thanks anggap sy sebagai sahabat yang memahami..ya pengalaman lampau lebih mematangkan kita dan lebih membuka fikiran kita but now kita buka lembaran baru dan ambil iktibar dari pengalaman lampau...peace no war! >_<

Yuyu Riesya said...

cik anonymous a.k.a c.nasryn~~yeahh..i like like like like ur komen!hehe..tq kembali dear fren~(^_________________^)