Friday, December 31, 2010

'Behind Da Scene' Drama 2010~(Part 4-Last!)

Kelip-kelip, ketap-ketip...jap je dah nak tamat tahun 2010...macam-macam ragam sepanjang tahun ni...sampai yuyu tak sempat nak show kat anda-anda 'Behind Da Scene' untuk kesemuanya! Uih...banyak la kalau macam tu...sampai tahun depan pun tak abis lagi...heheh...nanti tak lah jadi 'BHDS' plak kan....hehe..

...Ok, setelah puas dengan part sebelumnya, part 3, jom kita skodeng pula BHDS part yang ke-4 iaitu part yang paling last (but not least..).

Scene/Babak 4 : Hapy BerKaraOke @ BerKarok? (Versi : MyBest Moment with Them!)

Lokasi : Karaoke Jamban, Metro Kajang...hihik
Pelakon :
1. Yuyu
2. Na
3. Lini
4. Ani

...Dah lama yuyu rasa tak 'berteriak' dan 'melaungkan' suara. Rindu pulak nak lontarkan bunyi-bunyi dalam tekak dan perut yang 'tersekat' sejak lama. Eh, wa cakap u ols,,,,best tau Karok ni...Boleh hilangkan tensen dan stres...Launglah kuat-kuat biar suara tak ada daripada 'mencarut benda-benda yang tak elok!'...hehe..Pitching lari? Nada tak kena? Melodi tak menjadi? Irama tak masuk? Lenggok terlentok? Ehhhhhhh...jangan risau...yang penting Enjoy!!!!(Never mind beb, juri-juri dan pengomen tak ada, kalau ada pun, dorang tak berani r beb!)hehe~

...Kami berempat dah lama planning nak berkarok ni, last-last jadi jugak. Kami pergi time sebelum exam (time ada gap lah)..walaupun sebenarnya yuyu ada Exam esok tuuuuu..hampeh tul! Takpe, Rileks...yang penting Enjoyyyyyy!

...Bermulalah sesi berkaRok kami...Uihhhh,, Ani....boleh tahan lentok dengar suara dia yang ala-ala Ella gitu..hehe. Tak sangka...Na dan Lini agak malu-malu tapi bila dah kena ngan jiwa...jangan tak percaya, kalah artis nyanyi...dengan penuh semangatnya...Yuyu? Oh,,,tidak!!!sampai dah nak hilang suara...sapa suruh nyanyi banyak sangat! Hancur Hancusssssss!!!! Malu eden~weeee

Nah! Kami tak dapat snap banyak sangat pic sebab al-maklumlah,,,tengah syok layan 'suara' dengan lagu jiwangnya, lagu dangdutnya, lagu popnya...memang tak menyempat. Lagi pula, handset-ku bukan yang canggih-manggih sampai leh tangkap pic dalam tempat 'tersosrok' dan gelap macam tu...xoxo~

..Tapi...cubalah juga cari peluang...dan....inilah hasilnya----

Wajah-wajah mereka sebelum 'mengkarokkan' suara...hehe...Best2...rs nak pg lagi~(^____^)

Cik Yuyu yang tunggu masa nak 'melontarkan' suara sampai sakit-sakit tekak dan suara jadi parau..hahahaha! Tapi, enjoyyyy seyhhh!

 Jom sekodeng Na & Lini yang tak sabar-sabar nak mula berkaraoke...(Duet ke kak???)=)

 Wajah Lini yang sedang menanti lagu pilihan dimainkan...Na...Wat Gapo tuuu???Babai 'Cik Abg Sekodeng' ko?hehehe...=)

Hah..Nah! Saatnya mereka beraksi....! Ani dengan penghayatan penuh mendalam dan keasyikannya...Na yang cuba-cuba mengikut nada yang sesuai (menjadi) dan lini yang malu-malu tapi mahu..hehehe...(jangan marah..)..cik yuyu? Eh,, tengah snap pic, mana boleh ikut sama!hahaha~

Wat ever it is.....i'm really happy and enjoy dat moment! Love my Frens for giving me that precious time. Next time,, Karok lagi, Jom! Hepy Hepy Lappy...(lapar la plak)...So, lepas tu kami terus agenda jalan-jalan sekitar Metro Kajang sebelum berangkat pulang dengan suara yang 'hancusnya'...wuaaaa~tapi yeahhaa!

Erm...
Dah puas dengan drama 2010 versi Behind Da Scene ni...Cerita Sebenar? Eh,, rasanya lepas tamat behind da scene (BHDS) ni, tentu teman-teman dan yuyu sendiri (of cos) dah menayangkan filem 'Drama 2010' dalam panggung 'Kenangan 2010'. Babak demi babak dah yuyu tayangkan kembali dalam kepala otak yuyu saat yuyu menghabiskan masa 'menyekodeng' BHDS ni..hehe... 

Bila ingat kembali...macam-macam kisah suka dan duka tercipta dalam Drama 2010 versi yuyu ni...huhu...bermacam reaksi, beribu lagak, berjuta peristiwa yang kekadang menguntumkan senyuman di bibir yuyu malah melantunkan ketawa dan tidak kurang juga yang mampu menitiskan air mata yuyu...banyak sungguh kenangan yang berharga bersama 'mereka-mereka' yang yuyu sayang. Yuyu puas bersama anda-anda. Yuyu gembira dan hapy ada teman seperti anda yang 'mampu bersama yuyu untuk melakonkan watak dalam drama 2010 yuyu ni'. Tanpa anda semua, Drama 2010 yuyu pasti tak ada sambutan dan tidak menjadi. Tiada warna-warni!...Sob-sob~

Tapi, kerana kalian, yuyu mampu tersenyum bangga dan puas...akhirnya Drama 2010 yuyu yang dah jadi Kenangan 2010 telah berjaya yuyu cipta! Terima Kasih SEMUA!!!

Sesungguhnya...Cik yuyu sayang bangattttt anda semua....

Tak sabar menantikan Drama 2011 pula yang akan menyusul....Moga lebih banyak suka daripada duka dan lebih penuh warna-warni! InsyaALLAH.....

Sekarang...Cik Yuyu nak tutup wayang...CERITA PUN DAH T.A.M.A.T...apalagi???
Baliklah......hehehehe~~~SAYANG KAMOO SEMUA~~~


:: (Tamat)xoxo....(off)*

PENGARAH SKRIP:
yuyu Nieysza @ yuyu @ yusmaniza

No comments: