Saturday, April 10, 2010

"Rentetan Sisa Kehidupan"

Aku sedikit terpaku di sini...
Senyap tanpa bicara..
Kelu lidah tidak bersuara..
Namun, hatiku berdegup jantung bergetar..

Roda kehidupanku masih ligat berputar.
Bersama masa yang setia di sisi..
Masa yang tidak pernah melambaikan tangan mengajak beredar bersama.
Masa yang ibarat kawan dan musuh bagiku.

kenapa kawan dan kenapa musuh?
Sukar untuk aku perjelaskan di sini..

Kadang-kadang aku sedih,
kadang-kadang aku gembira..
Di saat sedih, masa adalah musuhku..
Di saat gembira, masa pula menjadi sahabat baikku.

"Cepatlah masa berlalu!"
"Cepatnya masa berlalu!"

Walaupun hampir sama, namun kata-kata itu sangat berbeza...

:: Saat Bibir berat meluah bicara,
mematikan idea yang sarat dengan cerita..
Syukur Penaku tidak sabar mencoret kata,
Tatkala hati bergelodak rasa ::

-------Kini Aku Kisahkan Rentetan sisa kehidupan Seorang Aku-------

~Akhir tahun 2008~

Wajahku perit menahan kesedihan...Melihat lambaian bapa saudara dan sepupuku yang semakin jauh semakin menghilang di sebalik puluhan manusia.
Perasaan masih berkecamuk mengenangkan mak yang tak dapat datang...Babai semua..aku pasti merindui kalian....

Di kafe KKM, aku berdiri memandang sekeliling..ASING!!!
"Aku kat mana ni?" Sana sini rata-rata sedang berpeluk cium dengan kaum keluarga..mak ayah, adik, abang dan kakak.
Satu perasaan aneh masih terperangkap dalam jiwa halusku..

Mak...Rinduuuuu....
Kakiku mula mengorak langkah..
Memasuki bilik yang masih berselerak..
Aku biarkan sahaja..
Merebahkan diri ke katil, memandang kipas yang berpusing ligat..

Pandanganku kabur,
Terasa air jernih membasahi pipi...
Tidak tertahan dek rasa menanggung hiba..
Tidak terluah dek kata-kata yang melindungi duka..

Seketika aku tersedar...
Kenapa perlu aku menangis?
Sepatutnya aku perlu happy, gembira, bangga!
Kampus UKM sudah mula kujejaki..
Yang selama ini aku idami...
Menjadi seorang mahasiswa yang aku impi selama ini.

Ya! UKM, aku datang!!!
Kini aku akan mula berjuang!

~ Awal tahun 2009~

Padan muka aku!
Kekeringan duit, menagih bantuan drpd PTPTN.
Yang memang angkanya tidak seberapa.

Seketika aku buntu...
Yuran masih tertunggak.
Perut kosong tak terisi
Dompet pula berat dengan kad & IC.

Hilang semangat nak belajar!
Putus harapan nak berjaya!
Gagal mengimpikan kemegahan hidup
Kalah menjadi insan yang cemerlang..
(tanpa duit, semua mengalah)


aku akur,
doa terus kupanjatkan pada Illahi
Silapku juga yang mengambil tindakan
Terburu-buru dalam membuat keputusan
memberi peluang derita datang bertanggang..

Peritnya waktu itu hanya DIA yang Tahu..

Namun, dalam kekalutan dan kegelisahan yang tertonjol dalam hati
walhal luaran senyuman terpaksa kuukir,
Dengan bantuan rakan-rakan & keluarga
aku yang kian tersungkur berjaya bangun kembali.

Akhirnya, Aku mampu tersenyum ikhlas...
Terima Kasih semua....

~Pertengahan tahun 2009~

Peperiksaan makin hampir...
Aku terus berulang-alik daripada KKM ke KUO,
KKM ke PTSL, ke PPBL dan ke KKM kembali..

Susah!Letih! Penat! Bad mood!
Semua ku rasa tatkala itu benar-benar membuntukan fikiran..
Masalah makin 'ramai' mengetuk jendela perasaan.
Menjadi tetamu yang tak diundang.

Aku hanya mampu tersenyum, dan terus tersenyum.
Musim peperiksaan sudah berlalu.
Kini, aku pulang menjenguk ibu
Yang kesekian lamanya tidak kutemui.

Sykur setiap dugaan & cabaran berjaya kutempuhi.

~ Pertengahan Tahun 2009 ~

Permulaan Semester baru.
Semua tentang diriku juga baru.
Umur yang 'baru'..
Semangat yang baru..
Dan Azam yang baru.

Banyak yang berubah pada kehidupan biasa aku,
Banyak juga perkara biasa yang menjadi luar biasa bagiku
dan Perkara luar biasa telah menjadi biasa buatku.

Semester ini penuh dengan konflik!
Persahabatan, pelajaran, kewangan.
Semuanya menimbulkan keraguan dalam diri.

Namun, sebagai insan biasa aku jadi pasrah.
Aku cuba bergelak tawa melindungi duka.

Manusia tidak selalunya bahagia.
Ujian sengaja diuji untuk kematangan diri.

Aku tetap aku yang dulu.
Walau diuji dengan bermacam cabaran.
Aku akan masih seperti dulu.
Yang masih leka mencari keseronokan dunia.

Tanpa menoleh ke belakang,
dan belum memandang ke hadapan,
Aku teruskan juga kehidupan aku...

Sayang...
Aku tidak menghargai kehidupan yang sepatutnya indah buatku...***

~ Awal Tahun 2010 ~

Seketika imaginasiku berputar.
Sedetik perasaan halus mula terdetik.
Jernihan manik mata mula gugur,
Tanpa dipaksa aku menangis.

Bermacam peristiwa berlaku sepanjang semester ini.
Suka, duka, ceria, gembira dan parah dalam sendu.
Yang bakal aku tinggalkan untuk menghadapi kehidupan seterusnya..

Biasa, memang biasa!
Lumrah kehidupan insan yang bergelar makhluk Allah.
Diuji dengan bermacam dugaan.

Namun, di sebalik dugaan yang bersimpul dalam hati,
mematahkan rasa gembira,
menyakitkan dan menyesakkan dada,

Syukur ada penawarnya.
Rakan-rakan yang membuatkan aku mula tersenyum kembali.
Aku seronok bersama kalian.

Yang sentiasa menganggap aku sebagai kawan.
Yang tidak putus-putus menjadi penawar dukaku..

Benarlah kata orang tanpa sahabat,
Kita akan menjadi lemah!
Terima kasih sahabat...

Akhirnya...
Masanya sudah tiba untuk aku bergelut dengan peperiksaan.
Ah! aku semakin malas!
Semakin berat mata untuk memandang buku,
semakin letih badan untuk ke pusat ilmu.

Apa dah jadi???
Ini bukan diriku!
Aku perlu kuat, tabah!

Facebook terus jadi tatapan tuk santapan harian.
Racun apalah yang menjadikan aku 'derita'
Bila tidak memandang-mu walaupun sehari?????

Risau dan bimbang kerana aku makin leka.
Leka dengan urusan dunia yang sengaja aku cipta.
Entahlah, biarlah...
Mungkin aku perlu masa untuk menjadi 'luar biasa'.

Masa terus berlalu...
Kini awal tahun 2010 mula menutup tirai.
Pertengahannya pula akan menjengah...

Aku...???
Pastinya akan berubah!
Bukan diriku, tetapi semangat dan azam yang baru
Untuk melalui roda yang seterusnya...

Sisa-sisa kehidupan yang aku tinggalkan
bersama baki-baki pengalaman yang tidak mampu kulupakan,
Akan terus tersemat di benak rasa,
Menjadikan aku lebih matang daripada biasa.

Oh, masa kenapa cepat kau berubah?
Kenapa kau tidak memahami perasaan insan seperti aku.
Yang masih merindui saat-saat manis.
Yang mencintai waktu gembira.

Kalaulah masa itu mampu diputar kembali,
Ingin rasanya aku sembuhkan saat duka,
Memperbaiki kelemahan diri yang ada.

Namun, masa tetap akan berputar,
Lebih laju kalau kita tidak menyedarinya.
Hanya insan yang menghargainya yang sedar,
Betapa masa itu sangat penting dan berharga!

Biarlah masa berlalu,
Biarkan kehidupanku terus 'bernyawa',
Agar bisa aku rasai setiap detik dalam hidupku.
Yang akan aku kisahkan rentetannya
dalam akal serta ingatan aku.

Mungkin ini yang terakhir kalinya
Aku mampu melakarkan kisahku
Di dalam lakaran rasa hati
Kerana tiada siapa yang tahu

Bilakah masanya 'nyawa' kita diragut-NYA,
Bilakah saatnya dunia ini akan berakhir.

Selagi ada masa,
Selagi ada waktu,
Selagi ada cerita,
dan selagi ada rasa,

Aku akan melalui detik-detik kehidupan,
dan Rentetannya pasti akan berterusan lagi...



~ Sekian Untuk Kali Ini. Ada masa, Bersua Kembali ~

No comments: