Tuesday, July 13, 2010

:: Siri Memberanikan Diri ::

Salam Ukhuwah n Salam 1 Malaysia (menyahut seruan PM)...
Rasa lama sangat 'pena' ini tidak menjalankan tugasnya..
Rindu pulak ia hendak menari di atas permukaan putih ini.

Kali ni, I tak nak buat uOLS meluat dengan puisi-puisi I...
apatah lagi nak termuntah dengan kata-kata kiasan dan bunga-bungaan yang selalu I coretkan kat sini...

Kali ni...I nak story kat uOLS sikit.(untuk sapa2 yang sudi nak baca je lah, yang x sudi tu, x yah lepak2 kat sini...menyemak jer..hehe, xdelah...I gurau je...xpe, lepak je lah...xkena bayar pun.heee)

Erm, OK...Kisah ni bermula pada cuti semester yang lepas.
Saat uOLS semua,(student Universiti) tengah bercuti, I dah pun mula membizikan diri I dengan perkara yang memang I patut buat.

27/6/2010 :: (SIRI PERTAMA)

I balik awal ke UKM setelah selesai menghabiskan pencarian data untuk tesis I di kampung dan puas melepak dan goyang kaki kat rumah...
I balik awal sebab I nak cari maklumat dan bahan rujukan tesis dekat kawasan KL ni, ye lah...kat Kampung I tak cukup bahan.
Apatah lagi, proposal untuk tesis I kena submit minggu pertama buka semester baru, sedangkan I baru je siapkan dalam 15% time tu...mana nak cari 85% lagi tu???
So...terpaksalah I balik ke KL n Bangi lebih awal...

I terpaksa jadi macam 'gajah masuk kampung' bila dah sampai kat hentian Kajang...
I sebenarnya tak tahu arah tuju...
I janji dengan 'uncle' I nak tumpang rumah dia dalam 2 minggu bermula pada 28/6..
tapi hari tu...huhuhu....
Hari tu, I tersilap balik awal.
Masalahnya, 'uncle' I tu kerja dia xtentu masa...so, bila I col dia pagi tu, dia kata dia still kat tempat kerja...nanti petang baru datang..
so, terpaksalah I melilau cari jalan nak merehatkan badan I yang meletihkan ni...

I pergi musalla n tidur Zzzzz untuk seketika...
Bila tersedar akibat diganggu suara mak cik cleaner yang nak bersihkan tempat tu,
I segera membimbit, memikul dan menggelek beg-beg I dan terpaksa keluar daripada situ dengan muka seperti banduan yang baru nak masuk jel.....huh!

Dengan beg yang berat dan membebankan itu, I melangkahkan juga kaki I untuk terus mencari arah tuju yang lain...uiiii,malu jugaklah rasa....sorang-sorang pulak tu...
masalahnya, beg-beg tu menyukarkan perjalanan I...kat mana I nak tinggalkan 'beban' I ni???

Tiba2..I teringat dekat akak yang tinggal kat rumah sewa di Hentian Kajang.
So, I terus kontek dia selepas berfikir buat seketika...
Nasib baik dia memahami masalah I...dia sanggup menumpangkan rumahnya kepada 'beg2' I untuk 'berehat' buat sementara waktu....sebab I ada agenda lain yang hendak diselesaikan...Fuh!!!selesai 1 masalah.

Lagi satu masalah, I belum mandi!!!opsss...heeeee
Saat I teringat yang I belum mandi ni, I dah pun berada dalam bas Rapid T430 yang menuju ke UKM...I lupa nak menumpang mandi rumah akak tadi..lagipun, akak tadi nak pergi kerja...I pulak malu nak menumpang rumah orang macam tu je...itulah pasal I pun segera meminta diri untuk ke library UKM.(Nak cari maklumat lah katakan)....

OK...buat2 xtahu yang I belum mandi...huhhhhh
setelah selesai mencari maklumat yang diingini, I ke surau dan solat..
untuk seketika I tertidur...Oh, Tidak! untuk beberapa jam I tertidur............

I terbangun pun setelah I terdengar suara2 sekumpulan wanita yang masuk ke surau tuk solat....solat MAGHRIB?????
Alamak!!!!dah nak malam....maklumlah,,,terlalu letih sehingga tidak sedar keberlaluan masa....setelah selesai solat, telefon I berbunyi..uncle I dah col 3 kali tp I x angkat2...erm,,,dalam 30 minit kemudian, I dah pun berada dalam kereta PERSONA uncle I tuk menuju ke rumahnya di SEPANG.....

8/7/2010 :: (SIRI KEDUA)

Kira-kira tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum bermula semester baru...
Proposal I???ERm,,,bolehlah dalam 45%.....belum cukup lengkap lagi!
Jadi,,,hari ni....I dah mintak permission dari uncle I yang I akan pergi ke UiTM SHAH ALAM...untuk mencari maklumat kat sana sambil ketemu kawan lama...

Pukul 9 pagi...
I dihantar oleh wife uncle I...auntie I la tu...ke stesen komuter NILAI...Dari sana, I perlu amik trip train untuk ke KL sentral...sebenarnya I berlagak tahu...ye lah, tak nak susahkan uncle dan auntie I kan...walaupun ini 2nd time I pergi UiTM SHAH ALAM, tapi kali ni lain sikit....

Dulu,,,I ikut kawan I...tapi, sekarang I single je....
I control berani lagi ni...masuk komuter, I terus tengok peta trip I...
Oihhhhh...memang jauh lagi kalau nak sampai SHAH ALAM.

Lantas I cuba kol kawan I...
Dia cuba berikan 2 pilihan kpd I...
samada nak naik komuter terus sampai KL sentral n tukar train untuk ke SHAH ALAM 'atau' naik komuter sampai KL sentral n tukar trip dengan naik bas ke Seksyen 2 SHAH ALAM...

ERm,,,fikir punya fikir...I terus berkeputusan untuk memilih jalan yang ke-2...heheheheee..

Maka, bermulalah episod klimaks siri Cerkon (Cerita Kontot) ini...

Sampai KL sentral...I turun komuter sambil berlagak tenang...
pandang kiri kanan depan belakang...ramainya manusia..........
macamana sekarang?????mana I nak cari bas Rapid U80?????
Yang I nampak semua bas persiaran n ada 2 buah Rapid yang memang bukan bas yang I cari...I dah pening, dengan beg yang berat (beg laptop) n kaki yang menggelecek..I teruskan juga mencari...ulang-alik I dari sini ke sana, sana ke sini..tapi tak jumpa2...perasan tahu lah kiranya ni...padahal xtahu...mat2 saleh lagi terbiasa dengan kawasan ni daripada I..heee

Akhirnya, I bertanya dengan seorang uncle 'bas rapid' tentang bas U80...Rupanya bas tu tak berhenti kat situ tapi di tempat lain...so, pergilah I mencarinya di tempatnya yang sebenar....

Alamak!!!pun tak ada bas tu...banyak bas Rapid tapi tak ada pun u80...I sampai kat jalan raya...punyalah ramai orang....I tengok ramai orang di seberang jalan sana...Tiba-tiba I tergerak nak ke sana...

Sedang I melintas,,,I ternampak bas Rapid yang sedang I cari-cari...dia makin hampir ke arah I di seberang sana...cepat2 I melintas...

sebenarnya.....I cuba berlagak tahu lagi....I terus tahan dan naik dan bayar tambang dan duduk di kerusi tanpa bertanya "ke manakah arah tuju bas ini?" kepada pak cik driver...Dalam bas pun ada 2 orang je...budak laki pulak tuh!huh!!!

Ye lah...manalah tahu..kot-kot I tersilap pilih arah...entah2 bas ni menuju ke laluan bertentangan dengan laluan yang I nak pergi (seksyen 2 SHAH ALAM)...

I nak bertanya tapi MALU...(huhuhuuuu...shy2 monkey)...

I dail nombor kawan n cuba mencari semangat dan kekuatan melaluinya..tapi...dia tak jawab pulak!!!!
dah 8 kali I mendail,,,dia tak angkat2 jugak...stress jadinya I!

I pandang sekeliling...memang x puas duduklah...dalam fikiran,,,"betul ke jalan yang aku pilih ni?????"
I cuba kenal pasti jalan....ha,,tu tanda jalan ke UM...tentu dalam KL lagi...lepas tu I nampak tempat yang macam 'underwater world'...hehehe...tempat yang ada akuarium dan ikan yang banyakkkk...bas terus laju bergerak dan mata I still leka dan kalut memandang sekeliling...satu2 tanda jalan I tengok...tak ada tanda hendak sampai ke SHAH ALAM lagi.....jauh betul perjalanan...

dalam lebih kurang 40 minit, barulah I ternampak tanda arah ke SHAH ALAM...HA,,,betullah tu...lega sikit rasanya.....fuh!!!

Aduyai...rasa dah terbakar muka, berminyak, berdebu...kotor sangat!!!
Kepala pun dah rasa pusing, pening!
Perut pun berkeriuk...lapar niiii!!!!

Akhirnya I sampai juga di Seksyen 2 SHAH ALAM...(setelah sejam perjalanan dengan bas)
Sekali lagi I terpaksa naik bas untuk ke UiTM SHAH ALAM seperti yang diarahkan oleh kawan I yang telefon balik (tadi dia ada kelas/kuliah...patutlahhhh)..=)

Setelah cuba memberanikan diri...meletihkan badan dan melaparkan perut..
Akhirnya I sampai jugak...rasa lega sebab semuanya berjalan lancar walaupun agak di dalam kekalutan....sekurang-kurangnya I dah timba pengalaman berharga....

I dibawa ke rumah sewa kawan I untuk merehatkan badan dan esoknya.....
I dibawa pula oleh kawan I tu melawat UiTM......BOLEH TAHAN!!!

Sempatlah jugak selepas selesaikan kerja dan tujuan I pergi ke sana,,,kami snap2 gambar...nasib baik dia mengingatkan I untuk bergambar...dia yang mempelawa untuk mengambil gambar I....untuk kenangan....adalah jugak kan....hihihiiiii....











Biarpun letih...tapi memang berbaloi...puas jugak makan dekat seksyen 2 tu..ABC SPECIAL yang harganya RM2.50 kat sana tu memang BESSTTTTTT!!!!!! (LUPA NAK SNAP GAMBAR ABC...huhuhuuu)

Yang paling penting...selesai kerja I....YEAYYYY!MEMANG BERBALOI MEMBERANIKAN DIRI!!!!...Sesungguhnya...pengalaman begitu berMAKNA!!!!...(~_________~)



(Siri 'Memberanikan Diri' Akhirnya 'Mengundurkan diri')........

No comments: