Wednesday, March 30, 2011

Isu Panazzz: Sensitif!

Isu sensitif! Sensitif? Oh, Memang sensitif!

Aku tiba-tiba tergerak hati nak melakarkan sesuatu pasal isu sensitif ni...
Seorang kawan yang memang aku boleh percayai, berikan pendapatnya yang bernas pasal diri aku...
Sensitif sifat pertamaku yang dinyatakan.....
Memetik kata-katanya, 'orgnya sensitif sket'...akulah tu..^__^

Emmm...kalau diikutkan tak cukup tepat tu...
sebenarnya aku memang sensitif pun...sangatlah sensitif tapi bukan seteruk-teruk sensitif ya..
Kadang-kadang, eh bukan, selalunya,,aku memang respek kat kawan aku seorang ni...
Pemikirannya memang up to-date lah..haha..
Semua dia cakap/teka/ramal memang tepat...!
Salute kat kawan aku ni!




Erm ok...stop pasal tu.
Bukan itu yang dijadikan fokus dalam lakaran ni,
Tapi...tentang isu sensitif diriku...

Sensitif!
Sampaikan aku pun jadi sensitif dengan isu sensitif diriku..
Aku kadang-kadang sedar aku memang sensitif...
sampaikan terfikir, aihhhh, anak tunggal @ anak bongsu memang semua sensitif, hati lembut ya?
Ops...*I hati lembut ke?*

Ok...Aku tahu, aku tahu pa yang u ols fikir sekarang..
Dah sedar, kenapa tak reti-reti nak berubah lagi????
Hahaha..!

Susah la nak jelaskan...
Maybe aku dimanjakan sejak kecil kot..ops!
Erm,,lagipun aku kan anak 'tunggul'!haha..

Entahlah, fikir punya fikir, kenapa senang aku nak sensitif pada sesuatu perkara tu..
Contohnya: sesuatu yg buat aku kecil hati, sesuatu yang buat aku marah dan sesuatu yang buat aku tidak suka..!
wah!mendalam tuh sensitif aku pada semua tu...
yang paling aku benci>>>ORANG YANG TIDAK TEPATI JANJI!Pantang!!!
Memang sangat-sangat sensitif hal ni, sebab tu, kalau aku sendiri yang mungkir janji, (contohnya, janji datang pukul 1 petang, lewat 5 minit...)...
eh!!!semua jadi tak kena!mulalah cari jalan nak tepatkan juga waktu walaupun dah memang terlambat pun!haha..memang rasa BERSALAH!...
*Tapi...kelas datang lewat , OK pulak ye???* hahahaha...
(sebab aku tak berjanji pun untuk masuk kelas awal..nge3)

Sebenarnya, bagi aku sensitif tu penting...
Sensitif bukan sebab perasaan seseorang tu mudah tersentuh & terasa sampaikan menangis...(erkk,,i know...aku pernah...shh)heee...
Tapi sebenarnya ia turut berkait dengan peribadi kita...
-Jangan biarkan orang mudah nak perkecilkan kita!
-Ingat kita orang tak ada perasaan ke???

Kalau tak sensitif, senang kan orang nak pijak-pijak kepala..
"Alah,,dia tu tak kisah pape pun, kau 'cucuk' je dia..."
Ermmm...kan dah timbul masalah lain pulak...Tak pasal-pasal!

ops-opss!Tunggu dulu!!!
Memang aku akui sikap sensitif sepatutnya cuba dihindarkan...
sebab apa?
Sebab sikap tu lah yang selalu buatkan:
-Kita gaduh dengan kawan
-Nampak sangat kita lemah
-Orang ingat kita mudah down..
-Sakit hati jadinya nanti...memang tak best sikap sensitif ni!
(u alls cubalah rasakan sendiri)

Aku pernah cuba larikan diri daripada sikap tu..
Tapi tetap ia datang cari aku...macamana aku nak buat???

Sebenarnya....
Tidak salah kan sikap sensitif tu,...
Cuma kita sahaja yang kena sesuaikan dengan keadaan..
Sensitif sensitif jugak,,tapi biar bertempat..
Ok...aku dah cuba belajar...

Tak apa...
bak kata kawan aku lagi:
'aku memendam rasa secara luaran'

thats mean, walaupun aku sensitif,
tapi aku tak show it out kadang-kadang...
sebab aku cuba pendamkan sorang-sorang...tapi,,perit woooo~
(walaupun ada ketika,,terpaksa terluah jua...hehe)

Apa-apapun yang terbaik...
Aku akan cuba kurangkan sikap sensitif aku tu..
(Wah...tiba-tiba aku dah BERJANJI pulak....adoooiiii..kena kotakan lah ni..)
Jangan u alls pulak jadi sensitif dengan janji aku ni sudah..haha!

4 comments:

Earell Arel said...

ni mesti kuat sentap ni? alamak xleh la nk bgurau senda bermanja2 dh..hehe...

Yuyu Riesya said...

haha..xpe2..gurau2 manja dikecualikan drpd faktor2 penyebab sensitif i..not in da list..hahaha...ops!not lebey2 ok!kang i sentap btui2 kang,ha!jwplah kt mahkamah perasaan nanti..hahaha!

Earell Arel said...

haha xnkla. t penat nk mengupah peguam bela hati. mahal tau...hehe...

Yuyu Riesya said...

Hahaha...tau takott!^___^