
Kita hanya ada selangkah sahaja lagi!
Setelah menjalani Latihan selama hampir 4 bulan.
Apa yang kita tunggu lagi?
Jangan sampai nafsu bergelojak datang
Berduyun-duyun memujuk
Menjadikan kita Lemah!
Hilang semangat!
Tiada Upaya untuk meneruskan pertempuran itu!
Usah dengar bisikan Syaitan!
Usah termakan pujuk rayu Nafsu!
Cuba ingati 'mereka' yang tersayang...
Cuba selami perasaan mereka...
Kita bertempur untuk mereka
Kita berjuang demi mereka
Bukan sahaja demi masa depan kita...
Tetapi untuk semua!
Jangan gagalkan harapan mereka...
Jangan hancurkan impian kita...
Bangunlah rakan-rakan!
Berjuang! Berusaha!
Asahlah kalam-mu...
Tambahlah penamu..
Tajamkanlah ilmumu...
Perhebatkanlah usahamu...
Dan...tentunya diiringi Restu & Doa Ibu Bapa, Keluarga dan Teman
Juga Berkat Tuhan yang Berkuasa...

Semoga Kita mampu menempuh pertempuran itu dan semoga kembali dengan KEMENANGAN!!!

Selamat Berjuang semua...Selamat menempuhi Peperiksaan...Semoga Berjaya!

No comments:
Post a Comment