Monday, June 15, 2009

10'S 4 Being my 'SAHABAT SEJATI'

sahabat sejati???
Apa itu sahabat sejati?


Bagi aku erti sahabat amat luas pengertiannya...
Apa yang kita lakukan untuk sahabat kadang-kadang melelahkan dan mengjengkelkan, tetapi itulah yang membuatkan persahabatan kita mempunyai nilai yang indah.


Persahabatan kadang-kadang perlu melalui pelbagai rintangan, cabaran, dan dugaan dalam hidup. Namun, di atas nama sahabat sejatilah maka kita bisa mengatasi pelbagai cubaan itu bahkan makin erat kerananya.


Persahabat tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya...


Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah dilakukan dengan tujuan kebencian.


Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.


Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapimenyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. Bukan jua bermaksud untuk menunjuk siapa yang lebih terer tetapi sekadar memenuhi tuntutan Yang KUASA untuk saling nasihat-menasihati.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan, pernyataan kasih dari orang lain, tetapi ia membuatkan kita sedar batapa pentingnya mewujudkan semua perkara yang diperlukan oleh sahabat.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur hatinya kerana dikhianati oleh sahabat.
Ingatlah bila kali terakhir kita berada dalam kesusahan,
siapa yang berada di samping kita???
siapa yang mengasihi kita di saat kita merasa tidak dicintai???
siapa yang berada bersama kita bila kita dalam kesedihan???
siapa yang berada di sisi kita di saat kita merasa kekosongan???
Ingatlah mereka adalah sahabat sejati kita.........
Jadi tolong jangan sia-siakan persahabatn yang sudah terjalin erat...
Dengan penuh kasih sayang, kesetiaan dan keikhlasan dalam hati....
ucaplah TERIMA KASIH pada sahabat kita....
sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa mereka masih diperlukan dan sangat berharga di sisi kita.....

HARGAILAH DAN PELIHARALAH SENTIASA PERSAHABATAN YANG SUDAH KUKUH TERJALIN!!!!

*** Dalam masa kejayaan, sahabat mengenali kita, dalam masa kesengsaraan, kita mengenal sahabat kita........!!!


No comments: