Bicara Puitis

Sayu Malam Rindu

Sayu malam seisi alam 
Bintang berbintik-bintik hilang samar
Bulan tersipu di balik tirai aksara bumi 
Sungguh indah kejadian tercipta
Hingga kelam masih terlihat sorotan cahayanya

 Di jendela yang masih lebar menguap
Aku masih memerhati di balik selakan tirai
Pandangan kabur diganggu takungan air jernih
Tak tertahan menanggung sakitnya sebuah kerinduan
 Sehingga tertitis membasahi benteng bibir

Jauh di balik sebuah lamunan
Terpaku dia di situ
Bersama senyuman yang mengoyak tangkai jiwa
Indah seperti bintang yang menceriakan malam

Oh! Sungguh aku merindui
Sejernih kasih terpancar di wajahmu
Seindah tutur bicaramu
Sesuci hati milik dirimu

Kabus datang menyembunyikan dirimu
Pandanganku kabur, mencari arah
Cahaya terang diselaputi kelam suasana
Kuamati dirimu di sana
Kosong tiada tanda

Langkahan kakiku laju mengejar 
Teriakanku bingit memanggil namamu
Di situ jua aku tersungkur
Rebah bersama tangisan yang menderu


Terjaga aku dari lamunan semalam
Mengingati setiap detik sehingga parah merindu
Kesedaran terpancul di dalam hati
Tiada guna terseksa merindu
Kau dan aku kini terpisah di balik dua alam
Bulan tersenyum memujuk diri
Semoga kesabaran terus dipatri


Tajuk : Rahsia Hati

Termangu aku di sini,
Terjerat dek perasaan sendiri,
Tergamam aku di sini,
Terperangkap oleh rahsia hati.

Aku cuba menyembunyikan rasa
Di sebalik gelak tawa dan ceria
Aku cuba menahan hati
Walaupun terus derita sendiri

Suatu kehendak hati,
Tidak mampu aku penuhi
Suatu rahsia hati
Tidak terdaya aku curahi.

Bukan aku cuba menjauhi
Tetapi aku mahu menyendiri
Bukan aku ingin berlari
Tetapi aku ingin menjejaki

Apalah guna menuturkan kata
Andai kau tidak bisa mengotakannya
Apalah guna mengatur janji
Andai kau tidak mampu penuhi

Senyumku tak bermakna aku gembira
Galakku bukan bermaksud aku bahagia
Tangisku mungkin menunjukkan aku lemah
Namun, diamku belum membuktikan aku kalah

Cubalah kau selami perasaan ini
Cubalah kau robek hati ini
Cubalah kau fahami bicara ini,
Pasti kau temui jawapan yang kau cari.


Tajuk : Bacalah untuk Semangatmu


Pada saat dan tika ini…
Aku meratap menangisi sepi,
Sendirian aku di bumi Tuhan ini,
Bersama harapan yg kukuh tersemat di hati.

Aku di sini dengan impian,
Aku di sini dengan harapan,
Untuk menggapai segulung kejayaan,
Moga aku mampu merasai kebahagiaan.

Kehidupan di sini aku lalui,
Jerit dan perih telah aku rasai,
Sehingga pernah aku terjatuh beberapa kali,
Namun aku gagahkan untuk bangun kembali.

Bahagianya aku bila ibu dan bapaku gembira,
Bahagianya aku bila adik adikku ketawa,
Bahagianya aku bila saudaraku tersenyum ceria,
Dan bahagianya aku bila rakanku merasa bangga.

Oh Tuhan! Aku tak mahu mengecewakan harapan mereka,
Aku tak mahu dikatakan tewas sebelum akhirnya,
Beban yang aku tanggung hanya aku yang terasa,
demi tanggungjawab aku yang paling utama.

aku tertunduk sayu…
ibu,,,aku sangat merinduimu,
ayah,,,saban hari aku mengingatimu,
adikku…kakak amat menyayangimu.

Aku berharap agar sentiasa tabah mengharungi hidup ini,
Jatuh dan bangunku mematangkan diri ini,
Yang dulunya belum mengenal erti,
Erti sebuah pengorbanan yang sejati.

Pengorbanan ibu dan ayahku,
Yang dengan susah payah menjagaku,
Akanku jadikan pendorong semangatku,
Agar aku tidak terus hanyut dan kaku.

Di dalam pelayaran yang semakin jauh
Aku berharap agar aku tidak jatuh
Akan aku berusaha bersungguh-sungguh!
Agar  semangatku akan terus kukuh!!!

Aku tak mahu kalah!
Sebelum masanya aku takkan menyerah,
Hanya pada Tuhan aku berserah,
Moga aku pulang membawa segulung ijazah…!!!



 Tajuk : Untukmu ABAH


Abah….
Tatkala ini aku mengingatimu
Saat ini aku merinduimu
Tidak mampu aku menahan
Gugurnya titisan jernih membasahi pipiku...

(Sekarang, aku titipkan kata-kata ini untukmu..)

Abah...
Kau adalah satu-satunya lelaki yang paling agong dalam hidupku..
Takkan ada lelaki lain yang mampu menggantikan tarafmu wahai abah..
Tapi takdir telah menentukan segala-galanya..
Kau pergi meninggalkan aku dan semua ahli keluargamu yang lain..

Kau pergi di saat aku memerlukannmu
Di saat aku menggapai kejayaan, kau tiada di sisi
Kau tiada disisiku untuk menguntumkan senyuman yang terindah
Mengusap kepalaku sambil mengatakan bahawa akulah anakmu..
Gembira yang tidak terhingga dengan kejayaanku
Dan menjadi pendorong semangatku yang kian luntur.
Namun, semua itu sekadar khayalanku saja..
Kini kau sudah tiada..
Kau telah pergi buat selamanya…

Abah…

Aku masih perlukanmu….
Aku masih menyayangimu
Aku masih mendambakan kasih sayangmu..
Aku masih dan akan tetap merinduimu…

Abah…

Tolonglah anakmu ini..
Tolonglah anakmu yang masih terkapai2 di dunia nyata ini..
Bantulah aku untuk menjadi insan yang berguna..
Berpesanlah padaku agar terus bersabar...

Abah...
Walaupun kau sudah tiada di sisi...
Namun, namamu masih tersemat di hati ini, abah...

Abah…

Walaupun jasadmu sudah dikandung tanah…
Aku akan tetap mengingatimu…menyayangimu sepertimana engkau masih ada
Malah rindu dan sayangku padamu semakin menebal..

Abah…

Pertama kali dalam hidupku aku bersyukur kerana memiliki abah sehebatmu…
Semoga kita akan bertemu lagi pada hayat yang akan datang…
Hayat yang kekal buat selama-lamanya…
Semoga bahagia akan menjadi milik kita.

Dan...saat itu, aku tidak akan menangis lagi....!