Monday, April 25, 2011

Pedihnya sebuah perpisahan~Selamat tinggal semua!

Tak mampu nak kata apa...
Tapi hati sedih sangat...
Biarlah hati, hanya kita yang tahu...

Besok, lusa, minggu depan...
semua orang akan berangkat pulang...
semua kawan-kawan aku akan pulang,
akan tinggalkan bumi UKM ni....

Tapi, aku...
Tak usah difikirkan benda tu...
Sudah silap sendiri mengatur hidup.

Bila esok, lusa, dan seterusnya...

Sayang....sayang...sayangggggggg...
Korang kat mana semua?
Yang, darling, u, awak, kamooo,........
Korang kat manaaa??

Sunyi sepi.....
Baru terfikir betapa pedihnya sebuah perpisahan...
Dulu...bila bersama,,,
macam-macam...
gaduh sana, gaduh sini,
ngumpat sana, ngumpat sini,
gelak sana,gelak sini,
ketawa sana, ketawa sini...

Tanpa sedar keberlaluan masa...
dulu, kita renggang, kini jadi kawan, rapat,
dulu kita gaduh, kini dah baik semula...

tapi, apa makna semua tu?
andai perpisahan jua yang menanti???

Ya Allah!!!Tak tergambar pedihnya rasa hati...
Sungguh aku akan merindui saat-saat manis bersama kalian...
biarpun seketika dan sekelumit cuma...
tapi, kerana kalian, hidup aku di UKM menjadi sangat bahagia...

Besok, lusa dan seterusnya....
tak ada lagi wajah-wajah itu...
tak ada lagi suara-suara itu,

Sungguh aku sayang korang semua!!!
walaupun aku bukan seorang yang banyak cakap, atau suka buat lawak,
tapi aku cuba mendekati semua agar aku dapat merasa kegembiraan bersama semua.

detik-detik yang terakhir ini...
sebelum semua sibuk dengan urusan masing-masing,
aku cuma nak mengaku bahawa sejujurnya.........

AKU PASTI MERINDUI KENANGAN MANIS BERSAMA KALIAN DI BUMI UKM INI!!!!
AKU SAYANGGGGGG SANGATTTTTT PADA KORANG SEMUA!

Terima kasih menerangi kegelapan hidupku,
terima kasih menceriakan suasana hidupku,
terima kasih menjadi sahabatku!!!

------SELAMAT TINGGAL SEMUA------

p/s : bila dah balik kg, ingat2kanlah diriku kat sini ye semua!=)

Wednesday, April 20, 2011

Hati, Izinkan aku Berbicara...

Kita bersua lagi 'bloggy'...tapi aku tak sure, adakah aku merindui-mu atau aku sekadar ingin melepaskan kerinduan untuk meluahkan rasa yang terpendam. Kekadang jiwaku sering merintih, sedangkan akal bijak memaksa mata agar memberikan sinar, dan bibir yang kelu untuk menguntumkan secebis senyuman..ya, walau secebis cuma...kerana aku tahu ia sudah cukup bermakna untuk membuktikan keriangan aku di mata setiap yang memandangku dengan mata kasar.

Aku bukan ingin tagih simpati, bukan jua untuk minta peluang agar diberi perhatian...yang aku perlukan agar kotoran dan kuman-kuman yang melekat dan bersarang dalam hatiku dapat dibersihkan walau mungkin bisa meninggalkan parut yang berpanjangan. Cukup jika diberi peluang untuk 'menyembunyikan' semua 'rasa' itu. Dan...terus hidup dalam kepura-puraan ibarat kain yang hitam dipenuhi kotoran.

Tapi, cucikah 'kain itu'?bersihkah hatiku???
walaupun diselindung dek wangian berbotol-botol mungkin jua tidak bisa menghilangkan kotoran itu. sekadar menghilangkan bau, barangkali...tapi, hati...bagaimana pula untuk dibersihkan kotoran itu???

Teman, di balik gelak tawa dan keriangan semua...
Rupanya...terselindung rasa sakit dan kecewa...
Hati mana yang tak pernah kecewa???
Hati mana yang tidak pernah terluka?


Biarlah semua berlalu,
tidak kira apa yang berlaku,
kau tetap ada aku,
aku tetap ada engkau...
dia tetap ada mereka,
dan kita masih ada 'semua'!

Hati yang disakiti @ hati yang dilukai,
hanya wujud bila diri menyakiti @ diri melukai...

Jadi...

Berjanjilah wahai diri...
jangan melukakan lagi, berhenti menyakiti lagi...
walau dalam diam,
hati pasti menjadi mangsa!!!

Kasihanilah hati teman, kawan, rakan dan sahabat anda....

P/S buat semua yang memiliki sahabat, yang pernah terluka @ pernah melukai (tanpa sedar)...
Jagalah hati rakan-rakan anda....


dan belajarlah untuk MEMINTA DAN MEMBERI KEMAAFAN...

***sekadar mewakilkan 'hati' untuk berbicara***

Monday, April 11, 2011

Oh! Aku Terlupa....!

Tepat jam 12.00 tengah malam...telefonku berdering lagu 'forever' by damage...

"..i'll loving u...forever.,
deep inside my heart u'll leave me never,
even if u took my heart and tore it apart,
i would love u still forever.." OPS!

Terngiang-ngiang je kat telinga bunyi nada dering tu, tapi mata yang tertutup rapat tak mampu nak mengarahkan tangan untuk mengangkatnya....adusss!
'Biarlah kau telefon, deringlah puas-puas...'
ok, dah abis...tapi tak sampai 3 min, nada dering mesej plak berbunyik!
bukan sekali, bukan 2 kali, bukan jugak 3 kali....tapi berkali-kali...
Rileks lagi ni.....

Maklumlah,,,,keletihan yang teramat membuatkan diri ini terbaring selesa-selesanya di katil itu.
Dah berapa malam berjaga, malam ni kata orang, qadha! hihihikkks!
Hah!tengok, sebelum pukul 10 dah tidur! Sangat LETIH, TIRED, LETIH, TIRED!

 kerja kerja kerja kerja!

Tak payah cerita la faktor apa yang membuatkan KELETIHAN menjengah diri ini kalau dah musim-musim exam dengan bonus kali ni, berCINTA dengan TESIS...memang tak senang duduklah! huuuuuu~

*************************

Kelip-kelip mata mula nak nampak cahaya lampu bilik yang samar-samar....
Lebih kurang pukul 1.00 am aku tiba-tiba terjaga...Aduuuuiiiihhhhh!
Bising pulak memanggil telefon tu!

Bangun kejap...angkat fon dengan muka diganggu dan tak puas tidor...

conversations begin!

"pot.pet..pot pet..bla bla..bla..."

Me: Ha??????hahaha..
      :Awal sangat lah...lambat lagi la...(macam tu la agak2)

A :Xpe..nak jadi da first...

Me: Haha...ari khamis ni kot..

A:.................... (lupe..hihik)

Me: (tengok kalendar...ops!)
    :Ha!Hari ni dah 12???? Biar benar! Rasa lambat lagi!..bla bla bla.....! hahahahaha...!
A:????????!

Habis berbual, buka fon balik.....Tengok-tengok------------------------------

U have 3 missed call from 01*-*******
U have received 2++ message from.....(too many ooo)

Erk! Apesal lak ni?
Tetibe plak glamour malam ni ngalahkan artis!
hahahahah!!!!!hahahha!hahahaha! Lawak diri sendiri!

Hhahahahahahahha!!
Ada pulak....TERLUPA!!!
Patutlah rasa macam pelik semacam je hari ni....rasa macam ada LUPA-LUPA sesuatu jerk!
Rupa-rupanya hari ni hari spesel aku rupanya!
Adooosss! Macamana boleh lupa....Hari Lahir sendiri ni????
Nampak sangat,,,terlalu Bizi sampaikan Bday sendiri pun aku lupa...
Ni baru diri sendiri..tidak orang-orang yang aku sayang lagi!

huhu.....sangat mengHARGAI orang yang bagi wish kat aku...
tak kira melalui telefon @ FB @ ucapan di bibir.......
SAYANG SEMUA FAMILI AKU!
SAYANG SEMUA KAWAN AKU!!!
SAYANG SEMUA ORANG YANG SAYANG AKU! (hihikss gedixs)!


Thank You, Salamat, Arigato Gozaimas, syukran, Terima Kasih!!!


Terharu + gembira + bahagia + suka cita = hilang rasa letih!
Tiba-tiba boleh online pulak pepagi buta ni!

Takpa..nak ENJOY puas-puas sebab HEPPY!!!
hihihikkkks~




Sunday, April 3, 2011

Bayangan Semalam

Dia datang lagi...
Lagi...lagi dan lagi sehingga sukar untukku mengira jumlahnya!

Apakah makna semua ini?
Kenapa bayangannya masih menghantui fikiranku?
Benarkah itu kamu???


Malam yang gelita, kelam tanpa cahaya...
membuatkan aku melayan perasaan sendiri...
sambil mendendangkan puisi cerita satu malam ...


*
*
*
*
*

Kenangan semalam kembali menerjah ke kotak minda
Bersama bayangan dia yang dahulunya lenyap kini kembali..
Memaksaku untuk mengingati...


Serupa parasmu...
Mirip gayamu...
Tapi bukan kau yang kurindu...

Hanya bayangmu yang menipu..
Membikin aku parah merindu....
Mengingati satu persatu,
Kenangan kau dan aku.

Benar! Bayangmu cukup menipu!
Dan, aku telah tertipu..........................!